Politik & Negara 11 Dec, 2025

RM500 seorang untuk pelajar Indonesia di Malaysia! Yang terkesan dengan bencana banjir lumpur! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Kerajaan memutuskan untuk menyalurkan sumbangan RM500 seorang sebagai permulaan kepada pelajar Indonesia yang menuntut di Malaysia dan yang terkesan dengan bencana banjir lumpur yang melanda Acheh dan Sumatera Utara.



Kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), yang bertarikh Khamis, 11 Disember 2025 menyebut:

"Malaysia menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada Kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya atas bencana yang menimpa Aceh dan Sumatera Utara, dan bersolidariti bersama saudara kita yang sedang melalui detik sukar ini.

"Sebagai tanda ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan, Malaysia akan menyalurkan sumbangan RM500 seorang sebagai permulaan kepada pelajar Indonesia yang sedang menuntut di Malaysia dan terkesan akibat bencana tersebut.

"Pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan boleh mendaftar dengan institusi pengajian masing-masing bagi membolehkan bantuan diselaras dan disalurkan mengikut keperluan mereka." 

Menurut satu laporan, keadaan di Acheh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat menjadi semakin kritikal dengan 964 kematian disahkan, sekurang-kurangnya 262 masih hilang, lebih 5,000 cedera, lebih 152,000 rumah musnah dan hampir 1,200 kemudahan awam rosak di 52 wilayah.

Bencana tanah runtuh dan banjir lumpur besar melanda ketiga-tiga wilayah tersebut pada 26 November 2025 lalu. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
8
0
13
0
You will be interested