Politik & Negara 15 Jan, 2026

Kerajaan Madani terus perkukuh hal ehwal Islam! Junjung titah, nasihat Sultan berkaitan amanah! - PM

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KERAJAAN Madani akan terus memperkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan dalam usaha menjamin kesejahteraan umat Islam di negara ini dan keharmonian negara yang berterusan.


Kerajaan Madani akan terus memperkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan demi menjamin kesejahteraan umat Islam di negara ini. - Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim 


Penegasan berkenaan dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74, pada 13 Januari 2025.

Katanya, komitmen berkenaan boleh dicapai melalui semangat musyawarah antara negeri, berpaksikan Perlembagaan Persekutuan serta didukung oleh nilai dan aspirasi Malaysia Madani demi kesejahteraan umat dan keharmonian negara yang berpanjangan.

Anwar berkata komitmen berkenaan boleh dicapai melalui semangat musyawarah antara negeri. 


“Alhamdulillah, pagi ini saya menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

"Titah dan nasihat Tuanku yang menekankan amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam amat bermakna dan wajar dihayati bersama sebagai panduan dalam mendepani cabaran semasa.

"Di samping membina kekuatan nilai, ilmu dan nurani umat Islam di negara ini,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook rasminya.


Anwar berkata, titah dan nasihat Tuanku yang menekankan amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam amat bermakna. 


Mesyuarat penuh bermakna itu turut dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan timbalannya, Marhamah Rosli; serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Mesyuarat MKI ke-74 yang berlangsung di Kuala Lumpur merupakan mesyuarat ketiga yang dipengerusikan oleh Sultan Nazrin dalam tempoh masa baginda diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja bermula 10 Mac 2024 dan akan berakhir pada 9 Mac 2026 ini.


Mesyuarat berkenaan mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri.


Anwar pada masa sama menjelaskan mesyuarat berkenaan mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri.

Ia juga kata Anwar dalam merangka pandangan serta keputusan strategik demi kepentingan umat Islam, selaras dengan keperluan semasa dan realiti masyarakat majmuk di negara ini. - KitaReporters


7
11
0
2
0
You will be interested