ASTAGHFIRULLAH... Ustaz jenis apa ni?? Seorang lelaki berusia 46 tahun yang dilantik sebagai salah seorang ustaz di sebuah pondok pesantren (sekolah agama) di Indonesia mengalakkan santri (pelajar) menghisap syabu sebagai satu cara meningkatkan semangat untuk mudah menghafal al-Quran. : KitaReporters.com
Ustaz dikenali sebagai AM ditahan atas kesalahan mengedar dadah. - Foto TribuneNews
Dia menyatakan menghisap dadah tidak haram kerana tiada nas dalam al-Quran. Dan dia sendiri memberitahu pelajarnya, bahawa dia sendiri menghisap dadah itu sejak 10 tahun lalu.
Walaupun tidak semua pelajar percaya akan kata-kata ustaz ini, namun masih ada pelajar yang percaya.
Akibatnya, tempat tinggalnya menjadi tumpuan sejumlah pelajarnya untuk membeli syabu atau menghisap dadah di situ.
Perkara pelik yang terjadi di pondok pesantren ini menyebabkan kegusaran penduduk setempat.
Lalu laporan polis dibuat terhadap lelaki yang dikenali sebagai AM (huruf pangkal nama) itu. Dia kemudian ditahan oleh polis.
Rupa-rupanya dia adalah banduan yang dicari oleh polis kerana kes mengedar dadah.
Sementara itu, penduduk setempat meminta pihak pengurusan pondok pesantren berkenaan agar lebih teliti dalam memilih tenaga pengajar agar pisang tidak berbuah dua kali.
Sementara itu Ketua Polis Bangkalan, Rama Samtama menyatakan bahawa jika sabit kesalahan, AM boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun. - KitaReporters.com