PERNIAGAAN adalah satu seni atau teknik hebat dalam menjemput rezeki. Allah SWT berfirman 90 peratus daripada rezeki di dunia adalah melalui perniagaan.

Pekerjaan utama junjungan Nabi Muhammad SAW adalah berniaga dengan menjadi "trader" barangan dan haiwan ternakan peliharaan orang kaya termasuk isteri baginda, wanita terkaya di Mekah, Khadijah Khuwalild al-Kubra.
Bila Allah berfirman rezeki terbanyak adalah berniaga, maka dalam al-Quran sudah menyediakan pelan, strategi dan teknik serta pantang larang untuk berniaga.
Semua itu adalah mukjizat atau kelebihan untuk umat Islam yang kebanyakannya terlepas pandang adab dan prinsip asas Islam mendapat rezeki berkat serta kejayaan.
Jika selama ini ada orang berniaga, sasaran utama adalah mengaut keuntungan secepat mungkin.
Naikkan harga tidak terkawal kerana yang penting "perut pedal" mereka lebih utama. Ada duit beli, tiada duit tiada rasa prihatin untuk membantu sesama manusia.
Salah satu sebabnya ramai berniaga masih anggap "wajib" ada hutang untuk berjaya sedangkan jelas peringatan dan amaran bahawa perniagaan tiada hutang itu adalah tip terbaik mendapat keberkatan hidup dunia akhirat.

Mohd Syafiq Abdullah dan isteri, Nor Atiqa serta anak mereka.
Pengarah Urusan Kumpulan Vfive Group Sdn Bhd, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, itulah prinsip dalam perniagaan syarikatnya, memastikan 80 peratus matlamat adalah memperolehi keberkatan dalam menjemput rezeki dan keuntungan.
Selain doa, usaha dan tawakal untuk berjaya, berpandukan lima Rukun Islam adalah nadi yang menggerakkan konglomerat untuk muncul antara industri gemilang dengan lambakan rezeki sejak dimulakan pada 2012 lalu.

Teknik yang jarang orang mahu peduli, perniagaan ini seperti kita bersedekah yang akan membuka banyak lagi cabang rezeki.
Itulah yang menjadi pegangan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera VFive Group yang hanya bermula dengan lima sahabat berniaga, menjadi 40 orang kakitangan, 350 orang dan terbaru pada tahun 2026, kakitangan itu meningkat kepada 1,016 orang.

Memori syarikat ditubuhkan dipersembah dalam bentuk seni pasir.
"Tahun 2025 banyak kejayaan syarikat gemilang tetapi usaha ini bukan setakat itu saja kerana kita mahu meletakkan syarikat sebagai konglomerat yang kekal kompetitif untuk jangka masa 50 hingga 100 tahun lagi," kata Mohd Syafiq.
Ketika merasmikan Majlis Apresiasi 2025 bertemakan Gema Qalbi, Mohd Syafiq meraikan lebih 1,016 kakitangannya berpakaian ala-ala magikal"Arabian Night" dengan dalam majlis berbuka puasa dan makan malam.

Tetamu majlis Datuk Jamal Abdillah dengan anaknya Osama.
VFive organisasi bertaraf dunia adalah syarikat terbabit dalam pembinaan, kemudahan fasiliti, perniagaan am dan perkhidmatan, pertahanan, hartanah, konsesi, penyedia IT & Frontier Technology, serta tenaga boleh diperbaharui (renewable energy).
Mohd Syafiq antara lima pengasas mengingatkan kembali kenangan lamanya membangunkan pernigaaan itu daripada tiada pejabat yang setarafnya, kakitangan pun tidak ada. Yang ada hanya lima orang yang menyediakan dokumen daripada awal sehingga sempurna.

Anak-anak comel ini juga turut dapat duit raya.
Tempat pertemuan mereka untuk bermesyuarat di kedai Mamak atau restoran makanan segera. Mereka mula dengan aktif dalam bidang pengiklanan, media dan pengendalian acara.
Sehinggalah pada 2016 sehingga 2017 memperolehi keuntungan 600 peratus yang hasilnya syarikat dapat beroperasi dengan baik. Ada kakitangan dan pejabat di Taman Midah seluas 27,060 kaki persegi.
Malah VFive mampu membuka yayasan untuk melakukan amal jariah yang menjadi sektor pendokong kuat peningkatan perniagaannya.

Penerima sumbangan untuk NGO, Norlina Alwi.
Turut memeriahkan majlis ialah sumbangan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan, tautan dengan anak-anak yatim dan pelajar-pelajar tahfiz.
Sumbangan juga diberikan kepada surau, masjid yang dimeriahkan dengan bantuan kepada pertubuhan kebajikan dan pelajar tahfiz yang menjadi sandaran utama dalam kemajuan perniagaannya.
Malam penghargaan kata Mohd Syafip berkat hasil kerja tekun kakitangan yang berjaya dalam pelbagai cabang perniagaan yang mereka sertai selepas kejayaan awal bermula dengan mengendalikan event (majlis acara) dan kegiatan media.

Dalam persaingan perniagaan yang luar biasa, ada perniagaan boleh digantikan bila-bila masa saja, maka beliau mahu mengekalkan pertumbuhan syarikat itu berdasarkan lima Rukun Islam bersandarkan syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.
"Hubungan antara kita dengan Allah adalah keutamaan kami dan hubungan sesama manusia juga menjadi sandaran utama. Kita bukan mahu kekal berjaya bukan setahun dua malah mencipta legasi merentasi generasi untuk dekad mendatang." katanya.

Sebab itu juga, VFive menggerakkan perniagaan berteraskan lima pemacu utama merangkumi strategi arah tuju, kecemerlangan operasi, kemampanan kewangan, kepimpinan dan bakat serta tadbir urus dan intergriti.
Jika sebelum ini Khairul Aming adalah antara usahawan yang dikagumi kerana menerapkan Lima Rukun Islam dalam usahanya, VFive Group sudah lama mengamalkan.
Jika dilihat kepada perkongsian rezeki (hubungan sesama insan) kakitangan yang berkhidmat dua tahun dihantar menunaikan umrah dan lima tahun berikutnya dihantar lagi sebagai penghargaan.

Penerima hadiah pakaian beragam terbaik.
Jelas malam itu juga seramai 80 jemaah ditaja menunaikan Umrah yang akan bertolak pada 5 Mac 2026. Malah 30 anugerah diberikan sebagai penghargaan kerja tekun mereka dan movitasi kejayaan.
Ada anugerah kakitangan itu diundi dalam kalangan mereka.
Daripada sekecil motosikal, hadiah cabutan bertuah pula mesin basuh, peti televisyen 62 inci, Playstation 5 dan hadiah utama adalah tajaan umrah.
Tidak itu saja semua kakitangan diberi elaun raya setiap seorang dikatakan mendapat RM1,000. Bukan untuk kakitangan saja, suami atau isteri turut diberi ""wang raya". Paling menarik ibu bapa pekerja juga dapat duit itu.
Malah VFive mempunyai misi perniagaan benar-benar berpaksikan prinsip asas agama (spiritual), komitmen, kreativiti, disiplin, kerja berkumpulan (teamwork), intergriti dan pencapaian hasil akhir. - KiraReporters
