Setiap kali menjelangnya Ramadan memasak dan mengedarkan bubur lambuk sudah menjadi satu kemestian sama ada di surau, masjid, pejabat mahupun pertubuhan bukan kerajaan.
Begitu juga dengan beberapa organisasi dan pertubuhan kerajaan serta bukan kerajaan di Melaka.


Peluang ini juga diambil oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG); Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah, Lendu; serta syarikat Adabi pada 26 Februari 2026.
Bermula seawal pagi dengan tugasan masing-masing yang diagihkan sehinggalah pengagihan berjalan lancar pada waktu tengah hari.
Hampir 2,000 bungkus bubur lambuk yang telah siap dimasak diagihkan kepada orang ramai dengan kerjasama pelbagai pihak sebagai salah satu budaya sedekah Ramadan yang sememangnya menjadi amalan setiap kali menjelangnya Ramadan Al-Mubarak.


Sementara itu, penyediaan bungkusan bubur lambuk melibatkan segenap lapis masyarakat termasuk pelajar-pelajar yang mengambil bahagian bagi memastikan proses penyediaan berjalan lancar.
Begitu juga dengan para jemaah Surau Al-Istiqbal, Kampung Benggali, Butterworth tetap meneruskan tradisi yang telah sekian lama diamalkan.



Bermula selepas waktu duha maka ramuan seperti bawang merah, daun sup, beras mahupun udang atau daging serta ramuan yang lain sudah mulai disediakan sebelum bubur lambuk dimasak.
Pelajar mahupun para ibu tetap ringan tangan membantu dengan menyediakan bahan masakan serta kawah besar supaya bubur lambuk yang di masak mampu diagihkan selepas solat asar seperti lumrahnya selain untuk berbuka puasa. -

