Bisnes & Ekonomi 02 Apr, 2023

Selamat datang FreeYond! Lancar jenama dan lapan produk secara rasminya! Untuk pasaran Malaysia!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


FreeYond, sebuah syarikat teknologi konsumer yang berasal dari Shenzhen, secara rasminya telah melancarkan jenama dan produknya di pasaran Malaysia. 

Muncul dengan langkah yang gah, syarikat ini telah melancarkan lapan produk baharu dalam majlis pelancaran yang turut dihadiri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia. 

Langkah ini dilihat akan memperkukuh kedudukan FreeYond sebagai pemain utama dalam pasaran elektronik konsumer.

Berjanji untuk mendefinisikan semula arena elektronik konsumer dengan Teknologi 4.0, syarikat ini telah melancarkan dua telefon pintar baharu – M5 dan F9, dua jam tangan pintar – Watch S1 dan F1, dan satu set kepala True Wireless Stereo (TWS) – Pods 1. 

Bukan itu sahaja, FreeYond juga telah mengumumkan tiga telefon pintar yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi – M5 5G, M5A, dan F9S. 



Fahmi berkata hari ini menandakan satu kejayaan baharu bagi landskap digital Malaysia dengan pelancaran produk mampu milik FreeYond yang memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia. 

Kumpulan B40 kini boleh memiliki produk berkualiti dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan daripada rumah boleh mendapat manfaat dalam perniagaan mereka dengan sokongan FreeYond. 

“Selari dengan arah masa depan yang lebih digital, kami perlu terus mengutamakan keterangkuman dan kebolehcapaian produk dan perkhidmatan untuk semua rakyat Malaysia. 

"Pelancaran jenama FreeYond adalah satu langkah yang betul, dan saya ingin melihat kesan positifnya terhadap ekonomi dan masyarakat kita secara keseluruhan," katanya.

Pelancaran ini menjadi titik sejarah yang penting bagi FreeYond, kerana ia memperluas jangkauannya ke pasaran baharu dan memperkenal produknya dengan teknologi canggih kepada pengguna di Malaysia. 

Memberikan tumpuan kepada inovasi, kualiti dan kepuasan pengguna, FreeYond berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju di rantau ini menerusi produk-produk yang berbaloi dan menawan.

“Kami berasa amat gembira untuk melancarkan jenama dan produk kami di Malaysia" ujar Dr. Lei Yu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif FreeYond. 

“Misi kami adalah untuk membekalkan produk-produk yang inovatif dan mesra pengguna kepada orang ramai di serata dunia, dan kami teruja untuk berbuat demikian di Malaysia pada hari ini. Kami yakin bahawa produk kami akan mencetus impak positif dalam kehidupan para pengguna.”



Perkembangan FreeYond ke rantau Asia Tenggara menyusuli penerimaan pusingan pelaburan “angel” yang telah meraih sekitar CNY 100 juta (RM64,624,380) pada Januari lalu. 

Pelaburan tersebut adalah dari sebuah konsortium Malaysia yang diterajui Datuk Eddie Chai, seorang pelabur yang ternama dari Malaysia. 

Syarikat ini berhasrat untuk memanfaatkan pengaruh Eddie dalam usaha penyebarluasan perniagaannya di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura.

“FreeYond telah membuktikan yang mereka mempunyai visi, daya inovasi teknologi, dan ketangkasan untuk merealisasikannya. Dr. Lei Yu dan pasukannya mempunyai sebuah pendekatan yang unik dalam arena elektronik konsumer dan komitmen mereka terhadap inovasi adalah sejajar dengan nilai-nilai yang mendefinisikan kami. 

"Kami percaya bahawa teknologi pintar seharusnya dapat diakses oleh seluruh lapisan masyarakat, dan kami yakin dengan keupayaan mereka untuk mencetus impak yang signifikan dalam industri ini serta dalam pasaran global,” jelas Eddie.

Syarikat ini telah diasaskan pada tanggal 9 Mei 2022, di bawah pimpinan Dr. Lei Yu, bekas Naib Presiden Global di Gionee Group. 

Dalam tempoh kurang daripada setahun sejak penubuhannya, FreeYond telah melancarkan dua produk telefon pintar dan satu set kepala TWS. Syarikat ini juga telah menyingkap tiga lagi telefon pintar yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

FreeYond telah membina reputasi sebagai peneraju dalam industri elektronik konsumer, mempersembah produk-produk yang inovatif dan berkualiti tinggi kepada pengguna. 

Syarikat ini akan menawarkan lebih banyak kemudahan kepada para pengguna sambil berpegang kepada komitmennya terhadap kualiti dan inovasi. - KitaReporters/Kenyataan Media


16
13
0
12
0
You will be interested