Berbakti kepada tanah membuahkan hasilnya. Begitulah hasil usaha Amirul Hisyam Abdullah berjaya menanam kira-kira 60 pokok durian Belanda di Kampung Sungai Petai Luar, Changkat Jering, Taiping.

Usaha Amirul
Hisyam, 56, sejak 10 tahun lalu berjaya menghasilkan pelbagai produk berasaskan
durian Belanda.
Antara
produk tersebut ialah jus durian Belanda, teh dan pati durian Belanda, minyak
urut dan balm (salap).
Beliau dan isterinya Husna Abdul Rahman, menanam pokok durian Belanda bermula dengan menanam di sekitar kawasan rumah malahan tidak menyangka air durian Belanda mendapat permintaan.
“Saya kini
memasarkan jus durian Belanda dan beberapa produk di mana-mana yang dianjurkan
oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak
SADC) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP).
“Produk berasaskan durian Belanda yang saya usahakan secara komersial mendapat sambutan menggalakkan,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Mati, Matang dekat Taiping pada 9 Februari 2026.

Tahun lalu (2025), beliau turut membuka penjualan produk jus durian Belanda pada pameran Agrofest 2025
di Ladang Infoternak Sungai Siput, Perak.
Amirul
Hisyam berkata, sebanyak 1,500 botol jus durian Belanda dikeluarkan setiap
bulan dan durian Belanda mempunyai pelbagai khaisiat.
Selain itu, beliau
turut mengeluarkan produk sampingan seperti jus buah markisa, kapsul moringa
dan teh moringa. - KitaReporters