Bisnes & Ekonomi 01 Mar, 2026

Bagan Datuk bakal jadi tumpuan? Mana penduduk Sabak Bernam? Mydin buka cawangan pasar raya ke-75!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

Selain penduduk Bagan Datuk, pekan Simpang Empat di Hutan Melintang juga bakal menjadi tumpuan penduduk pekan Sabak Bernam serta seberang Sungai Bernam idan kawasan berhampiran.

Pada Jumaat 27 Februari 2026, rangkaian Pasar Raya Mydin mencatat kehadiran cawangan ke-75 di seluruh negara, iaitu sebuah ‘Pasar Raya Mydin’ (Mydin Mart). Lokasi pilihan ialah Simpang Empat.


Pasar Raya Mydin, cawangan ke-75 rangkaian Mydin Mart, dibuka di Simpang Empat, Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak pada 27 Februari 2026.


Perasmian mart tersebut disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datu Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin Mohamed; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, Wasantahee Sinnasamy; serta ADUN Rungkup, Datuk Sharul Zaman Yahya. Kedua-dua Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut adalah dalam Parlimen Bagan Datuk.


Dr. Ahmad Zahidi Hamidi menandatangani plak perasamian Mydin Mart cawangan Bagan Datuk. Bersamanya Ameer Ali Mydin Mohamed.


"Berapa harga minyak masak ini sebotol?" Barangkali itu yang ditanya Zahid Hamidi ketika meninjau barangan yang dijual pada pembukaan Mydin Mart Bagan Datuk.


Perasmian Mydin Mart ini menyerlahkan jalur kejayaan yang membanggakan sejak Mydin mula beroperasi pada 1957, tahun negara mencapai kemerdekaan. 

Diasaskan oleh Mydin Mohamed, rangkaian Mydin bermula dengan sebuah kedai kecil. Sebelum berkembang menjadi rangkaian pasar raya dan mini mart, perniagaan utama ialah kedai papan yang menjual barang-barang permainan dan barangan am dari luar negara.

Cawangan pertama dibuka pada 1957 di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan. Ia kemudian mengembangkan sayap ke Lembah Klang dengan membuka cawangan pertama di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 1979.


'Selamat Datang'... Staf Mydi Mini Mart mengalu-alukan kedatangan orang ramai dengan tawaran hari pembukaan ayam berharga RM1  seekor!


Hari ini rangkaian Mydin berkembang pesat di seluruh negara merangkumi pasar raya besar seperti di Ipoh; Subang Jaya, Selangor; Air Keroh, Melaka; dan Kota Bharu.

Rangkaian yag diterajui Ameer Ali merupakan salah satu rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar Malaysia.

Kehadirannya memberi peluang lepada peniaga kecil juga industri kecil sederhana (IKS) memasarkan produk mereka di pasar raya tersebut. Pendek kata Mydin ialah wadah harapan kelompok perniaga tersebut.


Ahmad Zahid diiringi Ameer meninjau antara barangan yang dijual di Mydin Mart Bagan Datuk pada hari pembukaan.


Kini rangkaian Mydin Mart tiba ke Bagan Datuk, daerah ‘bongsu’ atau ke-12 di negeri Perak. Bagan Datuk diisytiharkan secara rasmi sebagai daerah y6ang baharu pada 9 Januari 2017 oleh Sutan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Sebelumnya, Bagan Datuk di bawah pentadbiran Daerah Hilir Perak di Teluk Intan.

Kehadiran Mydin sangat dialu-alukan kerana ia memudahkan penduduk Bagan Datuk, yang berjumlah lebih 70,000 orang, terutama yang berada berhampiran pasar raya, untuk datang membeli barang keperluan basah dan kering pada harga berpatutan.

Kerana kedudukannya tidak jauh dari pekan Sabak Bernam, Selangor, ia juga bakal jadi tumpuan penduduk seberang Sungai Bernam itu dan yang berhampiran.


Barang basih termasuk pelbagai jenis ikan turut dijual di Mydin Mini Mart Bagan Datuk.


Seperti kata Dr. Ahmad Zahid pada perasmian pembukaan, kemudahan seperti itu penting bagi masyarakat kawasan desa memperoleh akses kepada keperluan asas lebih mudah.

Selain itu, ia membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat. Beliau percaya pembukaan Mydin Mini Mart itu akan memberi manfaat kepada rakyat sekitar.

Apa juga barang keperluan boleh didapati di Mydin Mart Simpang Empat, yang kering atau yang basah. Daripada barang makanan utama -- seperti beras, gula, tepung, minyak masak -- semua ada.

Pelbagai jenis minuman dan jus minuman pelbagai perisa juga ada. Barang basah seperti ayam, ikan, daging,udang, sotong dan sayur-sayuran semua tersedia. Pendek kata apa diperlukan, pilih sahaja bawa pulang.


Sebahagian orang ramai yang sama-sama memeriahkan pembukaan cawangan Mydin Mini Mart, Bagan Datuk pada 27 Februari 2026.


Kehadiran Mydin Mart di Simpang Empat, Hutan Melintang membuktikan komitmen Kumpulan Mydin memberi kemudahan kepada masyarakat setempat. 

Ia membawa tempat beli belah ke kawasan kediaman agar mereka lebih mudah membeli barang pada harga berpatutan tanpa pergi jauh. Datanglah berbelanja. - KitaReporters

 

 

 

 

 

12
9
0
10
0
You will be interested