Bisnes & Ekonomi 15 Feb, 2026

Marvellous CNY! Yayasan Mr DIY bawa semangat sambutan Tahun Baharu Cina ke 14 rumah kebajikan!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY) tahun 2026 ini, Yayasan Mr DIY meneruskan inisiatif perayaan tahunan dengan membawa semangat sambutan tersebut ke rumah kebajikan dan pusat jagaan di seluruh Malaysia, bagi memastikan komuniti yang memerlukan turut dapat merasai kemeriahannya.


Yayasan Mr DIY di Rumah Kanak-Kanak Rapha, Kuantan, Pahang


Menerusi inisiatif Mr DIY Marvellous CNY, Yayasan Mr DIY telah mengunjungi 14 buah rumah kebajikan di seluruh negara, menyantuni para penghuni melalui penglibatan secara langsung serta sumbangan yang bermakna. 

Inisiatif ini melibatkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM14,000, bagi menyokong sambutan perayaan serta keperluan harian penghuni di rumah-rumah kebajikan yang terlibat.

Pasukan Yayasan Mr DIY telah mengagihkan kotak keperluan Marvellous CNY ke rumah anak yatim, rumah warga emas dan pusat yang menyokong individu kelainan upaya. 

Setiap kotak penjagaan mengandungi snek Tahun Baharu Cina serta barangan keperluan rumah. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada lebih 800 individu di seluruh negara.


Mr DIY menyampaikan baucar tunai bernilai RM3,000 kepada Rumah Yayasan Sunbeams sempena inisiatif Marvellous CNY. Turut kelihatan Alex Goh (ketiga dari kanan) dan Elaine Ho ((kedua dari kanan) bersama wakil Yayasan Sunbeams. 


Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mr DIY, Zaleha Mohd Mydin, berkata, “Tahun Baharu Cina adalah masa untuk berkongsi kegembiraan dan meraikan kebersamaan. 

"Melalui inisiatif Mr DIY Marvellous CNY, kami ingin membawa kemeriahan perayaan ini kepada komuniti serta mengingatkan bahawa mereka tidak dilupakan pada musim yang istimewa ini.”

Beliau menambah, “Kami amat menghargai kerjasama rumah-rumah kebajikan serta para sukarelawan yang telah berganding bahu untuk mencipta detik-detik bermakna sepanjang musim perayaan ini. 

"Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang penuh kegembiraan dan kemakmuran kepada semua.”


Para penghuni dan sukarelawan berkongsi detik penuh keceriaan ketika meraikan Marvellous CNY bersama, dimeriahkan dengan hiasan perayaan, hadiah bermakna serta kehadiran maskot PANDAi Mr DIY


Di Yayasan Sunbeams Home, Cheras, Kuala Lumpur, para sukarelawan turut memeriahkan sambutan dengan aktiviti perayaan, hiasan tradisional serta sesi Lou Sang yang melambangkan kemakmuran dan perpaduan. 

Semasa lawatan tersebut, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan Mr DIY, Alex Goh, telah menyampaikan baucar tunai Mr DIY bernilai RM3,000 kepada rumah kebajikan berkenaan bagi menyokong pembelian keperluan harian.

Senarai rumah dan organisasi kebajikan yang menerima sumbangan Tahun Baharu Cina daripada Mr DIY: 

  • Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Yi Xing, Selangor
  • Rapha Children's Home, Kuantan, Pahang
  • Pusat Jagaan Rumah Orang-Orang Tua Simee, Ipoh, Perak
  • Rumah Kasih Sayang SLCH, Melaka
  • Grace Old Folks Home, Kota Kinabalu, Sabah
  • Persatuan Penjagaan Kebajikan Sherun, Skudai, Johor 
  • Rumah Damai Kuala Terengganu, Manor, Terengganu
  • Persatuan Kebajikan Hemah Tinggi, Alor Setar, Kedah
  • House of Hope, Air Itam, Pulau Pinang
  • Pusat Jagaan Warga Tua Mercy, Seremban
  • Pertubuhan Orang Cacat Sarawak, Kuching, Sarawak
  • Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa, Kelantan
  • Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit, Perlis - KitaReporters

12
13
0
18
0
You will be interested