Apabila sebut sahaja emas, kita semua tahu bahawasanya nilai emas akan senantiasa tinggi dari semasa ke semasa. Bukan sahaja emas, gold dinar dan syiling emas juga tidak susut nilainya ditelan zaman.

Jika dahulu hanya kaum wanita sahaja yang berminat menyimpan barang kemas, kini kaum lelaki mempunyai pilihan menyimpan gold bar atau dinar sebagai aset simpanan yang bernilai tinggi.
Bagi usahawan muda, Muhamad Noriman Haikal Mohd. Nazri, 25, dia memulakan perniagaan membeli emas terpakai ini sejak 2020 apabila ia datang daripada pengalamannya sendiri menyimpan emas dan melihat keperluan masyarakat kepada aset yang stabil ketika ekonomi tidak menentu.
"Jika kita beli emas hari ini, jangan berharap untuk menjualnya pada bulan hadapan dengan memperoleh keuntungan dua atau tiga kali ganda dari nilai membeli. Tetapi kita akan nampak keuntungannya dalam masa dua atau tiga tahun.

Selain itu, Haikal juga berkongsi pendapat bahawa emas juga merupakan aset jangka panjang yang selamat di mana baru-baru ini harga emas sudah mencecah RM700 bagi segram.
Haikal juga sempat berkongsi mengenai nama Che Tat adalah diambil daripada gelaran arwah datuknya, Mogit Sadio yang meninggal dunia pada 2008 iaitu seorang ustaz (tat) yang dihormati dan dikenali oleh orang kampung. Dia memilih nama itu kerana ia membawa nilai amanah dan keberkatan.
Che Tat Gold ini kata Haikal, dia membeli emas terpakai daripada pelanggan dengan harga yang tinggi bagi membantu pelanggan yang memerlukan wang tunai bagi keperluan harian.
“Awal tahun ini ramai ibu bapa yang menjual emas kepada kami bagi keperluan anak memulakan sesi persekolahan serta sewaktu cuti sekolah bagi membawa anak-anak makan angin.
“Kita lihat ibu bapa sangat terdesak untuk menjual emas ini bagi persiapan pembelajaran anak-anak dan masa depan mereka.
"Jadi kita di Che Tat Gold ingin membantu ibu bapa ini dengan memberi mereka pulangan jual emas yang tinggi berbanding di tempat lain.
“Meskipun harga emas kini tidak senantiasa naik tetapi jika dihitung jangka masa panjang, nilai emas ini akan memberikan keuntungan berlipat kali ganda,” katanya lagi.
Ada kelebihan membuat jual beli dengan peniaga Bumiputera. Urusan menjadi lebih mudah, lebih diyakini dan menyokong ekonomi Bumiputera.
Selain itu, peniaga bumiputera juga membayar zakat di mana secara tidak langsung wang keuntungan itu juga akan diagihkan kepada yang memerlukan. - KitaReporters