Seperti diumumkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Kerajaan Madani menyalurkan RM100 secara 'one-off' di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dengan peruntukan RM2.2 bilion.

SARA Untuk Semua ialah inisiatif kerajaan Madani yang menyediakan bantuan tunai sekali beri (one-off) sebanyak RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira pendapatan.
Dikreditkan terus ke MyKAD (tanpa tunai), bantuan ini bertujuan meringankan kos sara hidup.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, kredit yang disalurkan melalui MyKAD itu sah digunakan sehingga 31 Disember 2026.
Isi rumah berpeluang menerima bantuan berganda mengikut bilangan ahli dewasa yang layak.


Selain itu, Kerajaan juga bersetuju untuk meluaskan kategori barangan SARA untuk merangkumi makanan sejuk beku (frozen food).
Kerajaan turut mengusahakan lingkungan jarak ke kedai runcit kini dikecilkan kepada 7km berbanding 10km sebelum ini. - KitaReporters/Kenyataan Media

