Bisnes & Ekonomi 02 Jun, 2024

Korban seikhlasnya! Misi ikhlas.com melalui Ikhlas Qurban bantu 100k penerima dalam dan luar negara!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Berikutan peningkatan jumlah pengguna yang melaksanakan ibadah korban secara dalam talian pada setiap tahun, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menyasarkan lebih 100,000 penerima bakal mendapat manfaat menerusi kempen Ikhlas Qurban Musim Kelima sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun 2024 ini.

Setakat tahun lalu (2023), Ikhlas Qurban diberi kepercayaan oleh hampir 7,000 pengguna aplikasi ikhlas.com untuk menyempurnakan lebih 9,000 ibadah korban dengan pengagihan di dalam dan luar negara yang melibatkan kira-kira 105,000 keluarga atau hampir 430,000 penerima dan jumlah tersebut dijangka meningkat tahun ini (2024).

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, “Berbanding lima ekor lembu sado yang ditempah untuk ibadah korban di Lembah Klang, Melaka dan Terengganu (termasuk Pulau Perhentian) pada musim lalu, musim ini kami menyasarkan jumlah itu meningkat kepada 10 ekor lembu sado dengan tempahan dari selatan ke Pantai Timur sehingga ke Pulau Redang.

“Terima kasih kepada pengguna ikhlas.com yang tidak putus berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. 

"Kami percaya mereka bukan hanya bermurah hati membantu golongan sasar dalam komuniti sendiri malah memanjangkan bantuan itu kepada pelarian dari negara-negara bergolak yang berlindung di Malaysia.”


Duta Jenama ikhlas.com, Datuk Rosyam Nor dan personaliti media sosial, CEO Batu berganding bahu mempromosikan kempen Ikhlas Qurban Musim Kelima sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2024.


Ikhlas berkata, sejak Ikhlas Qurban Musim Pertama dilancarkan pada 2021, pihaknya sentiasa berusaha memenuhi tempahan dan agihan daging korban dengan bantuan Sahabat Ikhlas di seluruh negara.

“Seperti mana AirAsia dengan jaringan perkhidmatan yang ekstensif, Ikhlas Qurban juga berhasrat untuk memperluas capaian perkhidmatan kami dengan pakej Korban Luar Negara. 

"Sekali lagi, kami berterima kasih kepada semua para pengguna yang setia dengan Ikhlas.com.”

Ikhlas Qurban menawarkan pilihan pakej Korban Lokal, Luar Negara dan Asnaf bermula serendah RM350 meliputi lebih 35 negara di seluruh dunia termasuk Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, India, Palestin, Pakistan dan banyak lagi.

Selain memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah korban dengan semakan status korban, sijil pengesahan dan video penyembelihan menerusi aplikasi Ikhlas.com, peserta Ikhlas Qurban turut menikmati mata ganjaran AirAsia yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan menerusi aplikasi AirAsia Move.

Dilancarkan sewaktu pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform kembara dan gaya hidup patuh shariah direka khusus untuk membantu umat Islam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mudah. 

Selain Ikhlas Umrah dan tawaran pelancongan halal dengan usaha sama syarikat penerbangan subsidiari, AirAsia X, Ikhlas.com turut memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah zakat (Ikhlas Zakat), sedekah (Ikhlas Sadaqah), akikah (Ikhlas Aqiqah), fidyah (Ikhlas Fidyah) dan korban (Ikhlas Qurban). - KitaReporters/Kenyataan Media


16
9
0
14
0
You will be interested