Bisnes & Ekonomi 06 Jan, 2024

Walaupun diboikot, McD Malaysia tetap bantu Palestin! Kerja kebajikan tak dilupakan! Zakat dibayar!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this


McDonald’s Malaysia memaklumkan kepada media mengenai cabaran besar yang dihadapinya akibat kempen boikot yang berterusan oleh rakyat Malaysia.

Namun begitu, McDonald’s Malaysia akan terus berusaha sedaya upaya untuk memberikan bantuan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukan melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Menurut Pengarah urusannya, rakan operasi tempatan dan presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia, Azmir Jaafar, rangkaian makanan segera multinasional itu turut menyumbangkan pembayaran zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), berjumlah RM110,000 pada 2023 untuk diagihkan kepada asnaf di negeri ini. 

Sehingga kini, sebanyak RM651,000 zakat perniagaan telah dibayar kepada Negeri Sembilan.



“McDonald’s Malaysia mula membayar zakat pada 2017 apabila ia diambil alih oleh Lionhorn Pte Ltd, anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi, dan menjadikan McDonald’s Malaysia sebuah syarikat milik penuh umat Islam.

“Apabila bercakap tentang tanggungjawab kita sebagai umat Islam, hari ini kita tidak boleh mengelak daripada membincangkan konflik yang berlaku di Palestin. 

"Saya menyatakan sokongan kami kepada mereka yang terjejas di Gaza melalui sumbangan RM1 juta kepada Tabung Amanah Kemanusiaan Palestin di bawah Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini,” kata Azmir.

Tambahnya, selain itu, kakitangan McDonald’s di seluruh Malaysia turut mengambil inisiatif  mengumpul dana tambahan sebanyak RM100,000 secara bebas untuk disumbangkan kepada MyCare bagi membantu rakyat Palestin.



Terdahulu, Azmir berkata McDonald’s Malaysia menyasarkan untuk membuka 750 restoran makanan segera di seluruh negara menjelang 2030 bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Pengarah urusannya, rakan operasi tempatan dan presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia, Azmir Jaafar berkata ketika ini, terdapat 370 buah restoran di seluruh negara, termasuk 32 restoran baharu yang dibuka pada tahun lepas (2023).

Selain memberi tumpuan kepada lokasi di bandar-bandar utama, McDonald’s Malaysia turut mencari peluang untuk membuka restoran di kawasan pinggir bandar atau luar bandar.

“Ini bagi menyediakan akses mudah kepada pelanggan kami dan peluang pekerjaan yang lebih luas untuk masyarakat setempat,” kata beliau semasa majlis perasmian pandu lalu McDonald’s di Rembau, Negeri Sembilan pada 4 Januari 2023 bersama pengerusi jawatankuasa industri dan hal ehwal bukan Islam negeri, Teo Kok Seong.

Azmir berkata pada waktu ini, terdapat 20 restoran makanan segera McDonald’s di Negeri Sembilan. Pada tahun ini (2024), tiga lagi restoran dijangka bakal dibuka di Gemas, Rasah dan Mambau untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Tambahnya lagi, sebuah restoran McDonald’s menyediakan 50 hingga 100 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, tidak termasuk vendor atau kontraktor tempatan yang terlibat dalam pembinaan atau penyelenggaraan restoran itu. - KitaReporters.


Sumber:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/business/2024/01/04/mcdonalds-malaysia-targets-750-restaurants-by-2030/

12
10
0
15
0
You will be interested