Bisnes & Ekonomi 17 Jun, 2025

Kurangkan import jagung bijan! Arahan kepada KPKM! Tingkatkan kadar sara diri daging negara! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Bertepatan dengan Dasar Keterjaminan Makanan Negara, Kerajaan Malaysia Madani bersetuju mengurangkan kebergantungan kepada jagung bijan import yakni komoditi utama dalam sektor ternakan negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini langkah penting dalam memastikan sektor ternakan negara kekal mampan, kukuh dan berdaya saing dalam jangka panjang, seterusnya menjamin keselamatan makanan negara.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara bersetuju supaya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merangka strategi berkesan bagi membangunkan industri jagung bijan tempatan. 

"Pendekatan ini mampu merangsang pembangunan sektor agromakanan negara, meningkatkan peluang ekonomi luar bandar dan memperkukuh daya tahan sistem makanan negara," tegasnya.



Beliau menegaskan demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bil. 1/2025 pada 16 Jun 2025. 

Mesyuarat jawatankuasa kabinet itu, katanya, mengadakan perbincangan meja bulat yang meneliti pelbagai program dan strategi bagi meningkatkan kadar sara diri (SSR) daging negara.

Beliau berkata, langkah ini adalah penting dalam memastikan sektor ternakan negara kekal mampan, kukuh dan berdaya saing dalam jangka panjang, seterusnya menjamin keselamatan makanan negara untuk generasi masa depan.

"Mesyuarat juga bersetuju untuk mengintegrasikan Malaysian Food Composition Database (MyFCD) sebagai komponen strategik dalam Dasar Keterjaminan Makanan Negara. 

"Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah kritikal, terutama dalam memperkasa kesedaran rakyat terhadap amalan pemakanan sihat, ke arah membina masyarakat yang sihat dan produktif," tambah Anwar. - KitaReporters/Kenyataan Media


17
8
0
14
0
You will be interested