Bisnes & Ekonomi 07 Sep, 2024

Syabas CNI! Firma Top 20 di China! Persatuan Muafakat One Belt One Road terus sokong! - Ismail Sabri

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Persatuan Muafakat One Belt One Road (PMOBOR) akan terus menyokong mana-mana perusahaan dan syarikat dari Malaysia untuk meneroka peluang di China terutama di bawah Belt and Road Initiatives (Inisiatif Jalur dan Jalan atau BRI).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persatuan tersebut mempunyai jaringan yang luas bagi membantu golongan perniagaan dan pemain industri untuk menembusi pasaran China. 

Beliau yang juga Penaung PMOBOR berkata, sebagai contoh syarikat jualan langsung, CNI kini berada dalam Top 20 di China dan meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan Top 10 dalam masa 5 tahun.

“Dengan inisiatif BRI, PMOBOR yakin dan percaya CNI akan terus berjaya dan kekal kukuh di persada antarabangsa serta meningkatkan hubungan dua hala khususnya perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada CNI kerana telah berkembang begitu pesat dan berjaya dalam pelbagai bidang hingga berjaya bertapak di China dan meluaskan sayap perniagaannya di negara ini,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan 500 vendor CNI di China di Beijing pada 4 September 2024. 

Ismail Sabri bersama delegasi PMOBOR dalam rangka lawatan kerja ke negara ini selama 12 hari bermula pada 3 September 2024. 

Lawatan kerja sempena 50 Tahun Hubungan Malaysia – China itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala khususnya dalam sektor perdagangan, sekali gus membuka peluang-peluang baharu. - KitaReporters/Kenyataan Media

17
16
0
10
0
You will be interested