
Sebahagian tetamu yang hadir untuk menikmati jamuan di DSH Hotel Taiping Perdana di Taiping, Perak
Ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati makanan dan minuman secara percuma di hotel tersebut pada setiap hari Jumaat.
Pengarah Eksekutif DSH Hotels and Resorts, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya memberikan sedekah pada setiap Jumaat mulai bagi membolehkan orang ramai menikmati makanan di hotel berkenaan.

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal di Taiping, Perak.
“Mula-mulanya, saya jemput
ketua-ketua jabatan dan selepas ini saya akan jemput pihak sekolah
dan murid pula.
“Saya sudah
buat konsep sedekah ini di Kuantan dan Puchong, dan konsep sedekah sangat penting
bagi sesiapa yang mampu kerana sedekah itu memberikan rezeki,” katanya ketika
ditemui pada majlis kesyukuran dan Infaq Jumaat sempena pengambilalihan pengurusan hotel
DSH Taiping Perdana di Taiping, Perak pada 22 Ogos 2025.
Syed Abu
Hussin yang menguruskan operasi DSH Hotel Taiping Perdana dalam usaha untuk
menyelamatkan hotel itu daripada berpindah ke tangan orang lain.
Beliau yang
juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, pengurusan dan pemasaran amat penting
bagi sesebuah hotel.
Oleh kerana ini, katanya, persaingan dalam perniagaan hotel amat mencabar dan ia memerlukan kerja yang kuat untuk berjaya.

“Saya
mahukan hotel ini menyasarkan jualan RM600,000 dalam tempoh tiga bulan dan
pihak pengurusan yang gagal berbuat demikian akan ditukarkan. Saya tidak akan
bertolak ansur kepada pekerja yang tidak komited.
“Bagi
mencapai sasaran itu, pengurusan hendaklah kerja kuat kerana Taiping mempunyai
tempat menarik untuk menarik pelanggan seperti Zoo Taiping & Night Safari,”
katanya.
Menurut
beliau, DSH Hotel Taiping Perdana kini menawarkan harga pakej promosi RM99 untuk pelanggan yang
menginap di Taiping sepanjang tahun 2025 ini. - KitaReporters