MASYARAKAT di Serdang, Selangor tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang segar dan baru. Ia berikutan wujudnya pasar tani yang menyediakan pelbagai bahan kegunaan orang ramai yang didatangkan terus dari ladang.
Pasar Tani MAEPS yang terletak di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS ) menjadi tumpuan masyarakatnya dan penduduk sekitar kerana barangan jualannya didatangkan terus dari ladang.
Sayur kampung termasuk petai,cendawan, pucuk paku dan berbagai lagi ada dijual di pasar tani ini.
Pasar tani yang dikenali sebagai Pasar Tani MAEPS beroperasi setiap Sabtu antara jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Lokasinya yang terletak di kawasan parking Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) menempatkan lebih 80 buah gerai barangan keperluan harian, makanan, minuman, produk industri kecil sederhana (IKS), barangan dapur, pakaian, produk kesihatan dan kecantikan, ubatan tradisonal, kuih muih, rempah ratus dan buah-buahan.
Sayur-sayuran termasuk sayur kampung saperti petai, kerdas, pucuk paku, cendawan dan cili padi antara yang menjadi pilihan pembeli, manakala gerai menjual barangan laut antaranya ikan, udang, ketam, siput selain ayam daging lembu dan kambing merupakan tempatan tumpuan orang ramai.
Barangan keperluan dapur yang dijual di pasar tani lebih cantik dan segar jika dibandingkan dengan pasar malam. Begitu juga dengan buah-buahan tempatan jauh lebih segar dan baru.
Gerai menjual barangan laut termasuk ikan, sotong, ketam, siput,udang dan kerang menjadi tumpuan orang ramai. Barangan yang dijual segar dan baru.
Dalam usaha menarik orang ramai berkunjung, pihak pengurusan turut menyediakan gerai jualan untuk produk kraf, barangan eletrik dan gajet, barangan mainan kanak-kanak dan nurseri jualan benih pokok.
Malahan pihak pengurusan tidak ketinggalan menyedaikan ruang "food court" bagi kemudahan orang ramai menjamu selera setelah membeli belah.
Kedudukannya yang terletak di tepi jalan utama antara arah ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ke Hospital Serdang arah ke Putrajaya dan Kajang merupakan destinasi yang mudah dikunjungi. Malahan pada waktu puncaknya kehadiran orang ramai adakalanya agak luar biasa.
Sebahagian besar barangan yang dijual di sini dibawa terus dari beberapa tempat di negeri ini termasuklah Banting, Sepang, Morib, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat, Beranang, Jenjarom, Kapar Jeram, Shah Alam dan Klang.
Pasar Bergerak yang menggunakan kenderaan besar mirip bas turut menjalankan operasinya dengan menjual pelbagai barangan keperluan harian, sebahagian besarnya keluaran FELDA dan IKS.
Orang ramai yang berkunjung ke Pasar Tani MAEPS, Serdang minggu ini dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu berunsur keagamaan oleh kumpulan yang dianggotai anak beranak sambil diiringi dengan permainan muzik.
Para pengunjung minggu ini turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu berunsur keagamaan dengan iringan muzik oleh kumpulan satu keluarga 4 orang anak beranak. Langkah ini dianggap salah satu tarikan supaya orang ramai datang berkunjung.
Pihak pengurusan juga memperkenal kaedah menyediakan carta mengenai bandingan harga barangan yang dijual dipasar-pasar lain bagi memudahkan orang ramai membuat semakan harga jualan semasa.
Orang ramai yang ingin berniaga di Pasar Tani MAEPS, Serdang ini boleh mendapatkan maklumut dengan menghubungi Pengerusinya,Tuah pada talian 01123102380, serta Bahagian Urusetia, Azim 0172130096 dan Izuddin 0193439784.
Berbagai barangan keperluan harian dalam keadaan baru dan segar mudah diperolehi di Pasar Tani MAEPS, Serdang.
Pasar Tani MAEPS yang beroperasi setiap Sabtu menjadi kebanggaan warga Serdang.