
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad ringkasnya Angkasa telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-39 (MAPA 2025) pada Sabtu, 5 Julai 2025 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dipengerusikan oleh Dato' (Dr.) Mustafha Abd. Razak.
Dalam Mesyuarat kali ini telah berlangsung pemilihan bagi jawatan seorang Presiden Angkasa, seorang Timbalan Presiden Angkasa dan enam orang daripada perwakilan sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-39 (MAPA 2025).

1. Jawatan Presiden Angkasa
- Bagi memilih seorang Presiden Angkasa, dua orang calon bertanding bagi jawatan ini.
- Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah dipilih sebagai Presiden Angkasa dengan mendapat 3585 undi.
2. Jawatan Timbalan Presiden Angkasa
- Bagi memilih seorang Timbalan Presiden Angkasa, dua orang calon bertanding bagi jawatan ini.
- Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik telah telah dipilih sebagai Timbalan Presiden Angkasa dengan mendapat 3477 undi

3. Memilih Enam Orang daripada Perwakilan Negeri sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-39 (MAPA 2025)
- Bagi memilih enam orang daripada perwakilan negeri sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-39 (MAPA 2025), 16 orang calon bertanding jawatankuasa ini.
- Enam orang yang dipilih daripada perwakilan negeri adalah:
- Adnan Awang (3109 undi)
- Intan Norzira Tormudzi (2984 undi)
- Norizah Abdullah (2084 undi)
- Shafie Mohd Noor (1952 undi)
- Habibah Ja'afar (1849 undi)
- Razali Malik (1775 undi)

Pengumuman keputusan pemilihan ini dibuat oleh Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-39 (MAPA 2025), Datuk Haron Abdullah pada jam 3:45 petang.
Seramai 4,898 wakil-wakil sah yang terdiri dari 8 orang anggota Lembaga Angkasa, 179 Anggota Jawatankuasa Angkasa Negeri, dan 4,937 buah koperasi-koperasi anggota Angkasa dari seluruh negara telah menghadiri mesyuarat pada kali ini yang berakhir pada jam 4:49 petang. - KitaReporters/Kenyataan Media