Bisnes & Ekonomi 07 Feb, 2024

Berita baik bagi penjawat awam! Bayaran insentif RM2,000 dan RM1,000! Penyelarasan gaji diselesaikan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


"Saya menyeru kepada warga Kementerian Kewangan (MOF) tatkala perjumpaan bulanan pada pagi ini (6 Februari 2024) agar giat meneruskan amanah bagi meningkatkan kesejahteraan dan tahap kebajikan rakyat.
"Dalam bibit awal pentadbiran Kerajaan Madani ini, kita menjunjung prinsip keadilan dengan meleraikan amalan pembaziran dan perbelanjaan yang menjurus kepada ketirisan — serta menjalankan tanggungjawab dengan amanah untuk meningkatkan hasil negara. Dari langkah ini maka kita dapat tingkatkan bantuan kepada rakyat.
"Sebagai contoh, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah digandakan bayarannya sementelahan jumlah penerima melonjak kepada 700,000 ketimbang 210,000 tahun lepas. 

"Bayaran maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan hampir 20% kepada RM3,700 dengan 9 juta rakyat berkelayakan menerima bantuan program ini. 

"Paras Harga Pengaktifan (PHP) Insentif Pengeluran Getah pula ditambah baik kepada RM3 ketimbang RM2.70 pada tahun lalu. Kebajikan pesawah padi kita juga tidak dilupa dengan usaha meningkatkan kadar skim subsidi dan harga lantai belian padi.

"Saya berterima kasih kepada penjawat awam dan warga MOF yang secara umumnya taat melunaskan tanggungjawab mereka.

"Hatta, sukacita saya maklumkan bayaran insentif RM2,000 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah serta RM1,000 kepada Jawatan Utama Sektor Awam akan disalurkan pada 23 Februari ini. 

"Saya juga menjangka pelarasan gaji penjawat awam akan dapat diselesaikan selewatnya dua bulan dari sekarang.

"Saya tidak berkeinginan untuk berlengah lagi dengan mengadakan banyak lapisan kelulusan yang hanya menambahkan birokrasi dan melambatkan usaha dan cita murni kita." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 6 Februari 2024)

13
7
0
11
0
You will be interested