Johor berada di landasan terbaik untuk menaikkan ekonomi negeri itu dan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk rakyat khususnya yang tinggal di negeri tersebut.
Perkara tersebut akan direalisasikan sekiranya kepimpinan dari kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Singapura bersetuju dan boleh mewujudkan Zon Ekonomi Khas (SEZ).
Untuk pengetahuan, SEZ ini adalah satu tarikan untuk para pelabur datang ke bandar tersebut kerana kawasan di mana undang-undang perniagaan dan perdagangan berbeza daripada negara lain.
Jika makin banyak pelabur masuk ke kawasan sempadan Johor-Singapura ini, pelbagai sektor industri berteknologi tinggi seperti elektrik dan elektronik, farmaseutikal, sektor automotif/kenderaan elektrik (bahagian dan komponen) dan banyak lagi boleh dimajukan.
Perkara ini sendiri akan memberi keuntungan kepada rakyat, negeri dan negara, sekali gus membantu KDNK Johor dan Malaysia terus naik ke tahap lebih baik.
Maka disebabkan itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap perkara ini mendapat persetujuan terhadap Terma Rujukan (TOR) apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan bertemu dalam Pemukiman Pemimpin di negara jiran tersebut pada Oktober 2023.
Mengambil contoh bagaimana bandar raya Shenzhen di China berjaya mencipta ekonomi begitu besar kepada negara selepas wujudknya SEZ ini di kawasan mereka mereka.
"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Shenzhen, China pada 2021 melepasi paras tiga trilion yuan dan bandar itu menjadi yang ketiga terbesar di China hanya dalam tempoh empat dekad.
"Apa yang dicapai oleh Shenzhen membuktikan bahawa SEZ Johor-Singapura boleh membuahkan hasil terbaik untuk Johor juga," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, pada 14 September 2023.
Seandainya perkara ini terlaksana, kita boleh mengatasi masalah pengangguran di Malaysia dan melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam pelbagai bidang. - KitaReporters