Bisnes & Ekonomi 11 Apr, 2023

Situasi kerjaya semasa! 92% pekerja melindungi kerjaya mereka! Gaji tak setara dengan kadar inflasi!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Employment Hero, pembekal perisian kakitangan, penggajian dan manfaat paling terkemuka, baru-baru ini menerbitkan Laporan Pemahaman Bakat Global yang meneliti keadaan semasa bidang pekerjaan.

Tinjauan tersebut yang melibatkan lebih daripada 1,000 warga kerja Malaysia, mendapati bahawa 92% daripada warga kerja Malaysia sedang melindungi kerjaya mereka, yang mana warga kerja berusaha untuk melindungi kerjaya mereka sekiranya mereka ingin (atau dipaksa) untuk meninggalkan kerjaya semasa mereka. 

Dalam kalangan semua negara yang ditinjau, Malaysia mempunyai bilangan ‘pelindung’ tertinggi, diikuti dengan Singapura (84%), New Zealand (70%), Australia (66%) dan United Kingdom (63%).



Satu faktor yang mungkin menyumbang kepada bilangan tinggi ‘pelindung kerjaya’ ialah 45% daripada warga kerja berasa bahawa gaji mereka tidak setara dengan kadar inflasi. 

Bagaimanapun, 60% daripada warga Malaysia menyatakan bahawa kerjaya mereka masih selamat, dan 44% berasa optimistik mengenai pertumbuhan perniagaan mereka dalam tahun 2023. 

Menariknya di sini, keinginan untuk keluar dari Malaysia demi peluang pekerjaan telah menurun dengan bermulanya semula perjalanan. 

Hanya 59% warga Malaysia menyatakan bahawa mereka ingin memegang jawatan di luar negara – satu penurunan daripada 72% semasa kemuncak pandemik pada tahun 2021. 

Lebih ramai warga kerja merancang untuk mencari pekerjaan baharu dalam syarikat mereka, yang mana bilangan ini telah meningkat dari 35% ke 48% dalam tempoh dua tahun yang lalu. 



Walaupun trend cita-cita pergerakan lateral adalah positif untuk majikan, mereka seharusnya turut peka mengenai golongan yang sedang mempertimbang peluang kerjaya yang lebih jauh. 

46% daripada responden masih inginkan suatu jawatan dalam organisasi baharu. Hujah tertinggi untuk jawatan baharu dalam organisasi lain adalah budaya syarikat yang buruk (43%), diikuti dengan tidak menyukai ketua mereka (38%) dan kekurangan apresiasi atau pengiktirafan (34%). 

Dengan mengambil kira semua perkara, wang tunai masih menjadi keutamaan dalam hal perekrutan dan pengekalan. 

Data tinjauan daripada golongan yang menukar pekerjaan menunjukkan bahawa peningkatan gaji terus menarik perhatian orang ramai, yang mana 53% daripada warga kerja menyatakan bahawa mereka bersedia menukar pekerjaan untuk peningkatan gaji pada tahun 2023, berbanding dengan 52% pada tahun 2021. 

43% daripada warga kerja juga akan mengekalkan pekerjaan semasa jika diberikan peningkatan gaji.

“Meskipun ramai warga kerja Malaysia berasa bahawa mereka perlu melindungi kerjaya mereka, para majikan tidak perlu tawar hati dengan perkara ini dan sebaliknya menggunakan peluang ini untuk bersikap lebih terbuka dengan warga kerja mengenai jaminan pekerjaan mereka. 

"Tambahan lagi, membuatkan warga kerja terasa dihargai dan diiktiraf atas usaha tekun mereka boleh memainkan peranan yang besar lagi penting dalam mengekalkan warga kerja di samping memperkukuhkan kesetiaan dan sokongan,” kata Kevin Fitzgerald, Pengarah Urusan Asia di Employment Hero. - KitaReporters/Kenyataan Media


18
16
0
11
0
You will be interested