Bisnes & Ekonomi 08 Jan, 2023

Syabas Nur Najwa! Tidak kenal erti putus asa! Bangkit berniaga walaupun tanggung rugi akibat banjir!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this


Mencipta kejayaan itu mudah namun untuk mempertahannya tidak semudah yang disangkakan. 

Adakalanya hanyut dipertengahan jalan dan perlukan kekuatan untuk bangkit kali kedua. Ada yang jatuh terus tidak berdaya untuk teruskan walau itu sesuatu yang diidamkan sejak sekian lama. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perniagaan kek dan bakeri

Nur Najwa Hamdan


Sudah menjadi resam dunia, jatuh bangun dalam dunia perniagaan itu adalah perkara biasa. Sebelum melangkah meniti kejayaan, pelbagai halangan dan rintangan perlu dilalui. 

Tidak terkecuali seorang wanita yang berdepan kesukaran pada peringkat permulaan dalam usaha mencipta nama sebagai usahawan bakeri di Kuantan.

"Saya bermula dengan belajar resipi kek di internet, tetapi dengan hasil kerja keras tanpa mengenal erti penat lelah dan putus asa, akhirnya saya mampu membuka kedai kek sendiri," kata Nur Najwa Hamdan, 30, yang juga pemilik kedai kek BakewithWawa di Indera Mahkota 7, Kuantan, Pahang. 


Suasana tenang di kedai kek BakeWithWawa - FB Nur Najwa


Katanya, selepas beberapa percubaannya membuat kek dan biskut menggunakan resipi dari internet gagal selain tidak menepati citarasanya, dia kemudian mengikuti kelas berbayar.

"Waktu itu saya masih belajar di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Semambu dalam jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan pada 2015.

"Hasil daripada kelas yang diambil, saya mula berniaga kek dan biskut di kampus pada semester ketiga dan menjualnya melalui media sosial selain rakan-rakan dan pensyarah," kata ibu kepada dua anak itu.

Menurutnya, selepas tamat belajar, dia pernah menerima tawaran pekerjaan dalam kerajaan namun terpaksa menolaknya kerana lebih berminat untuk menjadi usahawan bakeri.


Antara pelanggan BakewithWawa - FB Nur Najwa


"Selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, saya mengembangkan perniagaan dengan membuka mini bakeri di garaj rumah di Bukit Rangin, di Kuantan, namun usaha saya terbantut selepas semuanya musnah akibat banjir pada November dua tahun lalu dengan kerugian mencecah RM20,000.

"Saya hampir berputus asa namun disebabkan minat yang mendalam, saya terus berusaha sehinggalah saya mampu membuka kedai bakeri serta mengupah enam pekerja untuk membantu," katanya.

Nur Najwa turut melantik 35 ejen secara sambilan dari dalam dan luar Pahang bagi membantunya dalam pemasaran produk.

Menurutnya, dia berjaya menjual kira-kira 17,000 unit kek dan biskut dengan anggaran nilai sebanyak RM680,000 dalam tempoh tiga tahun berniaga.

"Ini titik permulaan kejayaan saya dan akan berusaha untuk kembangkannya di seluruh negara," katanya.


Pelanggan mempunyai banyak pilihan di BakewithWawa - FB Nur Najwa


“Selesai kuliah, saya mula menjualnya kepada rakan dan pensyarah di kampus selain turut mengiklankan dalam media sosial,” katanya. 

Katanya, selepas tamat belajar, dia mahu meneruskan perniagaannya itu sehingga terpaksa menolak tiga tawaran pekerjaan dalam kerajaan walaupun tindakannya itu tidak dipersetujui ibu dan bapanya. 

“Namun selepas berjaya memujuk, mereka, memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi selain suami (Mohammad Shazwan Mohammad Safian, 35) yang juga banyak membantu," katanya. 

Kejayaan tidak datang bergolek. Semoga perniagaan Nur Najwa akan terus berkembang sehingga ke pasaran antarabangsa. 

Kita hanya mampu mendoakan sahaja. - KitaReporters 


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh merasmikan pembukaan kedai bakeri BakewithWawa milik Nur Najwa Hamdan di Indera Mahkota 7, Kuantan.


17
11
0
13
0
You will be interested