Bisnes & Ekonomi 19 Jul, 2023

Catatan Akademik| Usaha galakkan penyertaan pedagang Islam dalam pasaran forex! Ke arah patuh syariah!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Oleh KSENIA MOLODKINA

FSB


Apabila berbicara tentang keterangkuman kewangan, terutama perdagangan forex (foreign exchange) atau pertukaran wang asing, sesungguhnya ia penting untuk menglibatkan semua lapisan warga, termasuk orang Islam. 

Menurut World Population Review, terdapat lebih daripada dua bilion umat Islam di seluruh dunia atau hampir 25 peratus daripada penduduk dunia –  dan mereka memainkan peranan besar dalam proses penciptaan kekayaan global. 

Persekitaran Perdagangan Moden

Pasaran forex sememangnya tiada tandingan sebagai pasaran terbesar dengan tahap kecairan tertinggi di dunia. 

Tinjau selidik tiga tahun sekali yang terbaharu (2022) yang dijalankan oleh kumpulan induk bank pusat, iaitu Bank Penyelesaian Antarabangsa (Bank for International Settlements) menunjukkan bahawa perdagangan mata wang kini telah mencecah nilai rekod USD$7.5 trilion sehari.  

Ini membuka peluang besar bagi pelabur, dengan tahap kecairan dan kedalaman pasaran yang tiada tandingan. 

Perkembangan dalam perdagangan forex telah membolehkan individu daripada pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang berbeza untuk menyertai pasaran global ini, atau dengan kata lain, persekitaran ini telah mewujudkan keterangkuman kewangan. 

Dalam konteks yang lebih luas, kemudahan mencapai instrumen pelaburan menggalakkan usaha memperkasakan ekonomi dan seterusnya mengurangkan jurang kekayaan. 

Justeru, semua pihak berkepentingan pasaran, termasuk komuniti perdagangan, hendaklah mengambil langkah proaktif dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran kewangan yang lebih terangkum. 



Kewangan Islam dan Perdagangan 

Islam melarang umatnya untuk terlibat dalam riba atau aktiviti perniagaan yang mengenakan faedah, perjudian dan pelaburan tidak beretika. 

Dari segi riba, isu ini menimbulkan masalah dalam perdagangan kerana broker mengenakan faedah – iaitu komisen swap – jika pedagang mengekalkan pegangan terbuka mereka secara semalaman. 

Terdapat juga pelaburan yang membayar faedah kepada pedagang, yang tidak mematuhi hukum Islam dan turut dianggap sebagai riba. 

Kini, terdapat semakin ramai orang Islam yang berminat dalam memanfaatkan peluang pelaburan yang memenuhi tuntutan agama mereka. 

Momentum bagi trend ini semakin kukuh sambil pasaran-pasaran kewangan berusaha memenuhi keperluan pelbagai pelabur, termasuk yang mematuhi prinsip Islam. 

Tambahan lagi, di negara-negara seperti Malaysia di mana Islam adalah agama persekutuan, keperluan bagi instrumen pelaburan yang mematuhi hukum Islam kini amat penting. 

Menurut anggaran FBS, bilangan rakyat Malaysia yang berminat dalam perdagangan halal telah meningkat tiga kali ganda sejak awal 2023. Malah terdapat tanda-tanda bahawa trend tersebut akan berterusan.

Perdagangan Tanpa Swap

Ramai broker antarabangsa telah mengenal pasti trend ini dan membuka akaun perdagangan khusus untuk umat Islam, yang dikenal pasti sebagai akaun Islam. 

Akaun tersebut menyediakan ciri-ciri tanpa swap yang membolehkan pengguna Islam mengetepikan sebarang caj komisen swap untuk pegangan semalaman dan meringkaskan strategi perdagangan jangka panjang tanpa mengira hala transaksi. 

Penyediaan akaun khusus tersebut merupakan pengiktirafan dan tindak balas kepada permintaan lebih tinggi pilihan perdagangan forex patuh syariah. 

Akaun tanpa swap dirangka untuk pedagang forex yang mahu mematuhi prinsip syariah di mana tiada faedah patut dikenakan atau diperolehi. 

Akaun Islam hanya boleh didapati daripada sesetengah broker forex; justeru pedagang Islam hendaklah memilih broker utama dengan reputasi antarabangsa yang kukuh. 

Dengan menerima pakai amalan terangkum dan menyediakan capaian saksama kepada instrumen pelaburan, kita boleh bersama-sama memanfaatkan potensi penuh pengurusan kekayaan bagi setiap individu, tanpa mengira latar belakang atau kepercayaan agama masing-masing. 


KSENIA MOLODKINA ialah Pengarah Pemasaran Strategik FBS. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis.


8
12
0
13
0
You will be interested