Bisnes & Ekonomi 23 Aug, 2024

Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat! PruBSN jalin lagi kolaborasi dengan ICU JPM! Lindungi 300k ahli!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), pengendali takaful terkemuka di Malaysia, telah menjalin kolaborasi dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk sekali lagi menawarkan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 2.0. 

Inisiatif ini telah dilancarkan pada program Madani Rakyat 2024 yang telah berlangsung di Johor, dengan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tahun 2022, ICU JPM telah melancarkan SIKR 1.0 menerusi kerjasama dengan PruBSN bagi melindungi lebih daripada 269,000 penerima. 

Ia merupakan pelan takaful patuh syariah bertempoh dan berkelompok yang ditawarkan secara percuma, dengan sumbangan yang ditaja oleh Kerajaan Malaysia. 

Skim ini ditawarkan secara eksklusif kepada ketua keluarga daripada kategori miskin tegar dan miskin yang berdaftar dengan pangkalan data eKasih di bawah bidang kuasa ICU JPM. 

eKasih berfungsi sebagai pangkalan yang komprehensif bagi mengenal pasti dan membantu para individu dan keluarga yang diklasifikasikan sebagai miskin tegar dan miskin. 

Pangkalan data ini dirumus untuk memudahkan penyaluran bantuan sosial serta memastikan program-program bantuan kerajaan sampai kepada mereka yang memerlukan secara efektif.



Pada tahun ini, skim SIKR 2.0 akan melindungi 300,000 ahli (dengan nilai sumbangan berjumlah RM16.5 juta). 

Wan Saifulrizal Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Berhad turut berkongsi, “Kemiskinan merupakan satu isu yang masih berterusan, menyebabkan ramai yang tiada akses terhadap perlindungan takaful. 

"Oleh yang demikian, kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan Kerajaan Malaysia menerusi strategi yang tertumpu untuk menawarkan pelan perlindungan bagi golongan yang kurang bernasib baik. 

"Inisiatif ini menawarkan perlindungan takaful percuma bagi golongan miskin untuk membina komuniti yang lebih berdaya tahan dalam jangka panjang demi masa hadapan mereka. 

"Sejak 2018, PruBSN telah berganding bahu dengan Jabatan Perdana Menteri untuk merangka beberapa skim Takaful Mikro yang bertujuan untuk membantu masyarakat kurang bernasib baik.”

Kerjasama untuk mendukung usaha kerajaan ini dalam menjadikan warga Malaysia lebih terangkum dari sudut kewangan adalah sejajar dengan objektif kemampanan PruBSN bagi memastikan keterjaminan kesihatan dan kewangan dapat dinikmati oleh semua golongan – Untuk Setiap Kehidupan, Bagi Setiap Masa Depan, ujar beliau lagi. 


Wan Saifulrizal Wan Ismail (kiri) menyerahkan sijil induk perlindungan kepada Ketua Pengarah ICU JPM, Dato' Seri Azman Ibrahim.


Golongan B40 berhadapan dengan ketidakjaminan kewangan yang serius. Hanya sekitar 30% yang mempunyai perlindungan insurans atau takaful, justeru sebahagian besar daripada golongan ini terdedah kepada risiko kewangan. 

Jika harga bagi produk-produk ini di luar kemampuan mereka, maka mereka tidak dapat mengakses perlindungan kewangan yang ditawarkan oleh produk-produk tersebut. 

Hakikat ini menjadikan golongan ini rentan terhadap masalah kewangan sekiranya mereka ditakdirkan kehilangan pencari nafkah.

Skim SIKR 2.0 mengutamakan aspek keringkasan dan kemudahan, ahli skim ini tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan dan proses pengunderaitan, justeru menawarkan liputan secara serta-merta. 

Memandangkan kebanyakan penerima SIKR adalah dari kawasan luar bandar, PruBSN mengambil pendekatan pemasaran yang terintegrasi bagi mencapai segmen populasi ini dengan lebih efektif, iaitu menerusi penganjuran acara dan juga lawatan ke 

Ia termasuk program-program seperti Madani Rakyat, dan lawatan ke rumah yang dibuat untuk mendidik para penerima mengenai manfaat yang mereka dapat perolehi. - KitaReporters/Kenyataan Media


Wan Saifulrizal Wan Ismail bersama penerima SIKR 2.0

8
11
0
4
0
You will be interested