Bisnes & Ekonomi 02 May, 2024

Terima kasih SWM Environment, UOB Kota Laksamana! Lakukan usaha kutip sampah di laluan pejalan kaki!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Seramai 25 sukarelawan SWM Environment dan UOB Malaysia Cawangan Kota Laksamana berjaya mengutip 20 kilogram sisa yang boleh dikitar semula semasa aktiviti mengutip sampah (plogging) di sekitar laluan pejalan kaki dan kawasan tumpuan pelancong di Bandar Hilir sejauh kira-kira satu kilometer. 

Menurut Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin, objektif utama program ini adalah untuk memperindah kawasan yang terlibat di samping memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran awam. 



“Program ini juga merupakan inisiatif SWM Environment dan UOB Malaysia Cawangan Kota Laksamana bagi memastikan kebersihan dan keindahan di perisiran kawasan Sungai Melaka terpelihara dan sebagai sokongan kepada Kerajaan negeri di dalam kempen Tahun Melawat Melaka 2024.

“Program seumpama ini dapat memberikan contoh yang baik kepada masyarakat bahawa kebersihan di tempat awam merupakan tanggungjawab bersama dalam mengekalkan keindahan di sekitar kawasan ini. 

“Setinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada pihak UOB Malaysia Cawangan Kota Laksamana di atas penganjuran program seumpama ini dan diharapkan lebih banyak lagi organisasi dan institusi swasta dapat menganjurkan aktiviti dan program seperti ini sebagai inisiatif memelihara kelestarian alam sekitar khususnya di kawasan-kawasan tumpuan pelancong," kata Mohd Norlisam lagi.



Aktiviti plogging pada program itu bermula dari Jalan Hang Jebat sebelum melalui laluan pejalan kaki Sungai Melaka menuju ke Jalan Tukang Emas dan Jalan Tukang Besi sejauh kira-kira satu kilometer. 

Hasil aktiviti kutip sampah (plogging) ini telah mengumpul barangan kitar semula seperti plastik, tin aluminium, botol kaca dan besi buruk. 

Turut hadir dan menyertai aktiviti ini ialah Pengurus Cawangan UOB Kota Laksamana, Maria Tan Swee Tin. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
11
0
9
0
You will be interested