Bisnes & Ekonomi 13 Mar, 2023

Tahniah Alpro, Petronas Penapisan, Geng Plastik Ija! Kutip lebih 1,025kg sampah di pantai di Kerteh!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Ryan Ho Zheng Chuan dari Farmasi Alpro Kemaman bersama sukarelawan dari Farmasi Alpro melaksanakan pembersihan pantai.


Farmasi Alpro, rangkaian farmasi terbesar di Malaysia dengan kerjasama Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd dan Geng Plastik Ija (GPI) telah berjaya melaksanakan aktiviti pembersihan pantai di Pantai Rantau Laut, Kerteh di Terengganu.

Lebih 1,025kg sampah telah berjaya dikumpul di sepanjang 1km kawasan pesisir pantai oleh 85 orang sukarelawan yang terlibat.

Ini juga menandakan permulaan rakan kongsi antara GPI dan farmasi Alpro, di mana kedua-dua pihak berkongsi nilai yang sama dalam memastikan persekitaran yang bersih dan selamat. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kegiatan Geng Plastik Ija (GPI)

85 sukarelawan, dari Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd, Geng  Plastik Ija dan farmasi Alpro bergambar bersama 1,025kg sampah yang terkumpul di Pantai Rantau Laut, Kerteh


Walaupun kebanyakan sampah yang dikumpul merupakan botol-botol plastik yang boleh dihantar untuk dikitar semula, Ryan Ho Zheng Chuan dari Alpro Kemaman berkongsi dengan para sukarelawan bahawa tidak semua bahan pencemar alam sekitar dapat dilihat dengan mata kasar. 

Contohnya, terdapat laporan mengenai ubat perancang yang turut  dibuang ke perairan secara tidak bertanggungjawab dan telah menyebabkan pensterilan ikan dalam ekosistem. 

Di Malaysia, 99% bekalan air untuk kegunaan domestik yang diperolehi daripada air di  permukaan seperti sungai dan anak sungai, di mana penyelidikan Forum Ekonomi Dunia telah melaporkan kandungan farmaseutikal dalam laluan air telah mencapai tahap yang bahaya. 

Oleh demikian, Alpro Pharmacy telah menyediakan tong pelupusan ubat khusus di  semua 200 lebih cawangan Alpro di seluruh negara bagi mengumpulkan ubat yang tidak digunakan ataupun sudah melepasi tarikh luput untuk dilupuskan tanpa mencemarkan alam sekitar. - KitaReporters/Kenyataan Media


Demi memastikan keselamatan 85 orang sukarelawan, kedai farmasi Alpro telah menaja peti pertolongan kecemasan yang disampaikan kepada wakil dari Geng Plastik Ija.

17
11
0
9
0
You will be interested