Bisnes & Ekonomi 03 Aug, 2025

Kemenangan peneroka Felda! FGV bakal dinyahsenarai! Felda kuasai lebih 90% saham FGV Holdings! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Bermula 28 Ogos 2025, FGV Holdings Berhad (FGV) akan dinyahsenarai secara rasmi daripada Bursa Malaysia selepas Felda menguasai lebih 90 peratus pegangan saham FGV. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ini bukan sekadar kejayaan korporat, tetapi kemenangan moral dan simbol kedaulatan ekonomi untuk peneroka Felda. - KitaReporters



Felda terus melangkah maju. Bermula 28 Ogos 2025, FGV Holdings Berhad akan dinyahsenarai secara rasmi daripada Bursa Malaysia selepas Felda menguasai lebih 90 peratus pegangan saham Felda Global ventures (FGV).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Felda kini menguasai lebih 90 peratus pegangan saham FGV Holdings Berhad, dan bermula 28 Ogos 2025, FGV akan dinyahsenarai secara rasmi daripada Bursa Malaysia. 

"Ini bukan sekadar kejayaan korporat, tetapi kemenangan moral dan simbol kedaulatan ekonomi untuk peneroka Felda," tegas Anwar ketika hadir untuk menyempurnakan Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025. 




Beliau berkata, Felda terus melakar kejayaan membanggakan dalam memperkasakan rakyat luar bandar.

"Antaranya, pembangunan 13 buah Pusat Hemodialisis Felda, dengan 10 pusat telah siap dibina, mampu menampung sehingga 36 pesakit setiap satu-satu langkah besar dalam menjaga kesejahteraan kesihatan warga peneroka," jelasnya.

Perdana Menteri menegaskan bahawa apabila sesebuah institusi seperti Felda diurus dengan amanah dan berwawasan, rakyat akan menerima manfaat secara langsung.

"Bukan sahaja dalam bentuk peluang ekonomi dan kebajikan, tetapi juga melalui arus kemajuan yang digerakkan oleh teknologi, inovasi dan nilai integriti.

"Inilah wajah Malaysia Madani yakni membangunkan luar bandar, memperkukuh ekonomi negara, dan menjamin masa depan rakyat dengan lebih bermaruah dan berdaya tahan," tambahnya. - KitaReporters/Kenyataan Media


9
11
0
18
0
You will be interested