Bisnes & Ekonomi 30 May, 2024

Terima kasih KUSKOP! Sediakan tabung bantuan kecemasan kepada koperasi! Mohon maksimum RM30 ribu!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyediakan satu tabung bantuan kecemasan kepada koperasi yang terjejas akibat bencana alam. 

Sikap cakna dan prihatin Kerajaan terhadap gerakan koperasi dapat dilihat melalui usaha yang dibuat oleh SKM bagi membantu koperasi. 

Tabung ini adalah untuk membantu koperasi yang terjejas akibat bencana alam termasuklah banjir, ribut, kilat, tanah runtuh, pokok tumbang dan bencana alam lain. 

Ia adalah meliputi kos sebahagian pembaikan kerosakan premis/aset/produk koperasi dengan jumlah maksimum RM30 ribu kepada koperasi yang layak. 

Tabung ini dapat membantu membangunkan semula aktiviti ekonomi koperasi yang terjejas. 

Pada 29 Mei 2024, Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menyampaikan replika cek bernilai RM2 juta kepada Rusli Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif SKM mewakili gerakan koperasi. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
9
0
10
0
You will be interested