Bisnes & Ekonomi 20 Apr, 2025

Nak bantu asnaf tunai umrah? ikhlas com minta rakyat Malaysia calonkan! Kempen Umrah 1,000 Asnaf!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Kempen Umrah 1,000 Asnaf dilancarkan seiring dengan ulang tahun kelima Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) tahun ini dengan memberi balik kepada komuniti dan meraikan tujuan asalnya untuk memudahkan akses kepada umat Islam untuk menunaikan umrah sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Bagaimanapun, berikutan pandemik Covid-19 yang berlaku semasa penubuhan ikhlas.com pada 18 Mac 2020, syarikat itu menggerakkan perniagaannya untuk menyediakan produk dan perkhidmatan gaya hidup Islam termasuk Sadaqah bagi membantu komuniti yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata: “Hasrat ikhlas.com adalah menyediakan perkhidmatan kepada golongan yang kurang diberi perhatian seperti syarikat induk kami, AirAsia (kini Capital A Berhad) tetapi dalam memenuhi pasaran umrah. 

"Oleh itu, selepas lima tahun, kami ingin meraikan hakikat bahawa ikhlas.com kini merupakan pengendali umrah yang diyakini dengan harga yang paling berpatutan dan jaminan kualiti perkhidmatan khusus untuk Tetamu Allah.

“Pakej flagship kami yang bermula serendah RM4,990 adalah ‘basic’ tetapi dilengkapi dengan penginapan, pengangkutan, umrah berpandu mutawif, ziarah dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan jemaah,” jelasnya.

Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun berkata: “ikhlas.com juga disokong rangkaian perniagaan Capital A yang meraikan langkah penting ke arah pengeluaran syarikat daripada status Nota Amalan 17 (PN17) dengan kelulusan Cadangan Pelan Regularisasi oleh Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). 

"Kami mengharapkan rakan kongsi lain menyertai pergerakan ini demi manfaat ummah.” 



Bagi memacu kempen Umrah 1,000 Asnaf di seluruh negara, sebuah Mercedes S124 300TE klasik 1987 yang digelar ‘Qashwa’ akan menjelajah ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dalam pencarian calon yang layak untuk ditaja menunaikan umrah. 

Qashwa juga mewakili umat Islam masa kini dan jenama ikhlas.com - menegakkan nilai tradisi Islam dengan pendekatan moden.

Ia juga merupakan simbol komitmen ikhlas com untuk menghulurkan bantuan dan memberi impak positif menerusi usaha tanggungjawab sosial. 

Qashwa akan menjelajah ke seluruh Malaysia meliputi kawasan dalam dan luar bandar bersama barangan keperluan (makanan, pakaian, keperluan asas) untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan.

Ikhlas menjelaskan: “Misi Qashwa adalah untuk meraih penglibatan dan menggerakkan komuniti setempat di seluruh negara dalam usaha mengenal pasti calon paling sesuai dan mendapatkan sokongan daripada semua pihak - para dermawan, entiti korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi swasta dan kerajaan untuk menjayakan kempen ini.”

Rakyat Malaysia boleh menghantar pencalonan melalui Instagram @ikhlasdotcom dengan tanda pagar #IkhlasUmrah1000Asnaf dan bukti visual situasi asnaf dan ikhlas.com akan melawat calon yang disenarai pendek untuk temu duga sebelum memilih penerima tajaan Umrah 1,000 Asnaf.



Dilancarkan semasa pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform kembara dan gaya hidup Islam Capital A yang direka khusus untuk membantu umat Islam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mudah. 

Selain ikhlas.com Umrah dan Travel (kembara mesra Muslim) dengan kerjasama anak syarikat penerbangan, AirAsia X, ikhlas com juga memudahkan umat Islam menunaikan Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah, Qurban dan banyak lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media

18
14
0
10
0
You will be interested