Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sedang membentuk semula sistem perlindungan sosialnya sebagai satu infrastruktur moral untuk warganegaranya termasuk perkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).

Beliau menjelaskan, "perlindungan sosial bukan sekadar sistem birokrasi pemberian faedah, tetapi ia harus dilihat sebagai infrastruktur moral."
"Malah dalam tradisi Islam, Baitulmal diwujudkan bagi memastikan sumber kekayaan digunakan untuk membantu golongan miskin, balu, anak yatim dan warga emas dan legasi itu terus menjadi sumber inspirasi kepada negara.
"Justeru, berpandukan prinsip-prinsip ini, Malaysia sedang membentuk semula sistem perlindungan sosialnya," tegasnya.
Anwar berucap demikian pada Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 bertemakan “Membentuk Keselamatan Sosial Untuk Dunia Yang Sedang Berubah” pada Isnin, 28 September 2025.

Menurut beliau, SKBBK akan memperluaskan lagi perlindungan kepada pekerja di luar waktu bekerja di mana, cadangan itu dibuat susulan perubahan waktu serta konsep bekerja yang berubah selari dengan peredaran masa.
"Kerajaan sedang meluaskan perlindungan kepada mereka yang selama ini berada di luar jaringan keselamatan.
"Insya-Allah pembaharuan ini akan menyelaraskan perlindungan dengan realiti kehidupan dan cara kerja masyarakat masa kini," katanya lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media
