Bisnes & Ekonomi 01 Jul, 2024

Ulang tahun ke-100 Tambak Johor! Pos Malaysia lancar koleksi setem kenangan khas sebagai peringatan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Pos Malaysia mengumumkan pelancaran koleksi setem bersama khas untuk memperingati ulang  tahun ke-100 Tambak Johor, atau lebih dikenali sebagai “Tambak Johor” atau “ Johore Causeway”. 

Sepanjang sejarahnya, Tambak Johor telah menjadi tunjang hubungan Malaysia-Singapura yang terbenam dalam struktur geografi dan geoekonomi kedua-dua negara. 

Tambak Johor telah berkembang menjadi sempadan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan terkenal sebagai jambatan lebuh raya paling sibuk dan ikonik menghubungkan kedua-dua negara. 

Pada setiap tahun, ia menampung lebih 100 juta pengguna.  

Setem kenang-kenangan itu memaparkan ilustrasi pemandangan Tambak Johor dahulu dan sekarang dari Malaysia dan Singapura serta memberi penghormatan kepada warisan abadi Tambak Johor sebagai simbol ketersambungan dan kerjasama ekonomi. 

Ia mencerminkan sejarah bersama dan kemakmuran Malaysia dan Singapura. 



Ciri-ciri utama Set Setem ‘Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor’: 

  • 1 lembaran setem terdiri daripada 20 x RM1.00 setem (menampilkan empat reka bentuk  berbeza) 
  • 1 Sampul Surat Hari Pertama (dengan setem dan tanda pembatalan khas) 
  • 1 Folder 

Berharga RM30.50, set eksklusif ini dijual mulai 28 Jun 2024 di semua Biro Filateli Pos Malaysia, termasuk 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara, dan dalam talian di  https://shop.pos.com.my sementara stok masih ada. - KitaReporters/Kenyataan Media

11
7
0
15
0
You will be interested