SELARAS dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Lembaga Tabung Haji (TH) akan memilih sebuah masjid setiap negeri untuk terbabit dalam kerja baik pulih dan sebagai yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat tahun 2023 ini.
CSR itu bertepatan dengan program Zakat Wakalah TH untuk membaiki masjid, rumah fakir miskin, asnaf, anak yatim serta membantu usahawan kecil supaya maju dalam perniagaan serta mampu bersaing.
Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH, Mustakim Mohamad, berkata bagaimanapun jika ada permintaan atau permohonan daripada mereka yang memerlukan bantuan atau sokongan perkara itu akan dikaji terlebih dahulu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Lembaga Tabung Haji
Mustakim Mohamad menagihkan sumbangan barangan cenderahati kepada warga emas.
Menurutnya, langkah itu wajar dilakukan kerana TH mahu memastikan mereka yang dibantu atau diberi sokongan amat memerlukan pembelaan dan bantuan yang disalurkan dimanfaatkan sebaik mungkin serta tidak disalahgunakan.
“Melalui program ini TH berharap dapat mendekati masyarakat dengan lebih berkesan terutama bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan bukan setakat mengenai menunaikan ibadat haji juga perkara lain seperti simpanan wang dan sebagainya.
“Dengan cara ini juga TH dapat mengetahui permasalahan masyarakat yang perlu dibantu serta menyelesaikan masalah mereka dalam pelbagai urusan dengan TH,” ujarnya ketika ditemui pada Program 60 Tahun TH CSR On Wheels di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor pada 18 Mac 2023.
Turut hadir pada program itu Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman; isteri beliau Datin Seri Junaida Ahmad; Pegawai Menanggung Kerja Ketua Modal Insan TH, Mohd Norber Kassim; Ketua Pegawai Kumpulan Medic Iman (KMI), Jamilah Ibrahim; Pengerusi PJMM, Azman Rasman; Penasihat 2 PJMM, Mohiadin Bahado; sukarelawan TH; dan rakan strategik TH.
Sukarelawan TH mengecat tangga menuju ke bilik warga emas di tingkat satu PJMM.
Pada program itu kakitangan TH dengan dibantu oleh sukarelawan menyediakan dan memasak sendiri sarapan dan makan tengah hari untuk warga emas juga tetamu yang hadir.
Turut diadakan aktiviti CSR seperti membersih persekitaran PJMM, pemeriksaan kesihatan, program kerohaniah, aktiviti pemasaran, khidmat kaunseling serta perkhidmatan kaunter TH.
Mustakim berkata, dalam program pernah diadakan sebelum ini, TH mendapati pengurusan PJMM menunjukkan pentadbiran yang baik serta terurus dalam menjaga, mengurus serta menyantuni warga emas dengan sempurna.
Jelasnya,
pemilihan PJMM untuk program berkenaan amat tepat dan menarik minat kami TH
untuk datang membuat CSR apabila melihat banyak perubahan yang dilakukan demi
keselesaan, keceriaan dan kesejahteraan
warga emas meneruskan kelangsungan hidup.
“Semoga program CSR TH ini mampu menjadi contoh terbaik kepada pelbagai pihak lain untuk hadir membantu dan meringankan bebanan pengurusan PJMM yang komited dan bertanggungjawab menjaga warga emas,” ujarnya.
Mustakim dan Mohd Norber Kassim (tengah) bergambar bersama-sama warga emas, kakitangan TH serta sukarelawan TH pada pada Program 60 Tahun TH CSR On Wheels di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor pada 18 Mac 2023.
Manakala
Mohd Norber berkata program CSR yang diadakan itu diharapkan memberi infak
terbaik kepada warga emas terutama dalam memberi semangat kepada mereka supaya
sentiasa ceria dan melupakan kisah silam
terutama disisih ahli keluarga.
Menurutnya,
TH berganding bahu bersama-sama kakitangan, sukarelawan dan rakan strategik
bagi memastikan program itu mencapai matlamat yang dikehendaki walaupun dalam
tempoh waktu yang singkat kerana secara tidak langsung dapat membantu
pengurusan PJMM menyantuni warga emas.
Jelasnya, TH akan sentiasa bersama PJMM untuk memberi kerjasama dalam pelbagai perkara khusus mengurus serta menjaga warga emas kerana kemudahan yang disediakan banyak membantu dari segi menjaga kesihatan serta beribadah kepada Allah.
“Warga emas ini begitu ceria serta terhibur dengan kedatangan kami apabila berpeluang menikmati menu sarapan serta makan tengah hari yang dimasak sendiri kakitangan TH dengan bantu sukarelawan dan rakan strategik,” ujarnya.
Azman Rasman menerima sumbangan TH kepada PJMM yang diserahkan oleh Mustakim.
Sementara
itu, Jamilah berasa gembira apabila dapat berkongsi tip penjagaan dan
pengurusan warga emas terutama yang terlantar di atas katil dengan petugas PJMM
apabila ikhlas serta tekun melaksanakan tugas mereka saban hari.
Beliau
berkata, kakitangan KMI selain mengadakan pemeriksaan kesihatan turut
berpeluang menyertai gotong-royong bersama-sama kakitangan TH serta rakan
strategi mereka termasuk melayani warga emas yang rindukan kasih sayang saudara
mara terutama anak-anak.
“Warga emas
yang terlantar atau sukar untuk bergerak memerlukan perhatian kepada rawatan
fisioterapi yang lebih teratur kerana sesetengah mereka mampu berdiri atau
bergerak semula tanpa menggunakan kerusi roda jika berdisplin dalam menerima
rawatan berkenaan,” katanya.
Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan isteri menyantuni warga emas dengan bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat.
Jamilah Ibrahim (kanan) berkongsi tip penjaga warga emas terlantar di atas katil dengan petugas PJMM dan rakan strategik TH.