Bisnes & Ekonomi 09 Apr, 2023

Tahniah CIMB! Dinobatkan sebagai Bank Runcit Terbaik di Malaysia! Anugerah global The Asian Banker!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


CIMB Bank telah dinobatkan sebagai Bank Runcit Terbaik di Malaysia pada Anugerah Kecemerlangan Global dalam Perkhidmatan Kewangan Runcit (RFS) 2023 oleh The Asian Banker. 

Anugerah tersebut yang disampaikan pada Konvensyen Kecemerlangan Perkhidmatan Kewangan Runcit Ke-22 anjuran The Asian Banker di Hanoi, Vietnam pada 16 Mac 2023, meraikan kepimpinan CIMB yang berterusan dalam ruangan bank pengguna. 

Pengiktirafan ini adalah selaras dengan fokus CIMB demi menerajui keutamaan digital dalam menghasilkan pengalaman pelanggan yang unggul, di mana ia telah menyumbang kepada kecekapan kos dan prestasi perniagaan keseluruhan yang lebih baik. 



Anugerah Kecemerlangan Global dalam RFS ialah program anugerah yang teliti, berprestij dan telus yang meraikan kepimpinan institusi dan individu dalam perkhidmatan kewangan runcit pada peringkat global. 

Effendy Shahul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna dan Digital Kumpulan, CIMB berkata, "Anugerah ini menzahirkan iltizam sahih pasukan kami, serta tumpuan berterusan kami untuk memangkin teknologi dan pembolehan digital sebagai perantara demi memenuhi keperluan pelanggan kami yang kian berkembang." 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana menjadikan kami sebagai penyedia perkhidmatan kewangan serta rakan kerjasama mereka yang dipercayai. 

"Kami akan terus mengekalkan hala tuju, menjalankan inovasi dengan penuh tanggungjawab, meletakkan keselamatan sebagai keutamaan dan memberikan perkhidmatan yang lebih bermakna kepada pelanggan kami,” tambahnya. 

Antara pencapaian Bank yang menyerlah ialah fokusnya terhadap pemerolehan CASA serta penawaran Akaun OctoSavers-i CIMB dengan fungsi pembukaan akaun Kenali-Pelanggan-Anda (e-KYC) secara elektronik sepenuhnya. 

Penawaran digital CIMB secara keseluruhan telah menerima sambutan yang baik, di mana jumlah deposit dalam Akaun OctoSavers-i CIMB telah meningkat setahun ke setahun sebanyak 94% pada akhir 2022, menandakan bukti kukuh akan kemudahan proses keseluruhan suai tugas dalam talian. 

Pada tahun 2022, CIMB juga telah memperkenal e-Zi Tunai CIMB, produk pinjaman peribadi pertama bagi pembiayaan mikro di Malaysia yang melaksanakan urusan pelanggan secara digital sepenuhnya. 

e-Zi Tunai CIMB diedarkan melalui GOpinjam, suatu proposisi pinjaman peribadi digital inklusif yang tersedia melalui Touch ‘n Go eWallet.



Christian Kapfer, Pengarah Penyelidikan, The Asian Banker berkata, "Kami dengan berbesar hati mengumumkan CIMB sebagai Bank Runcit Terbaik di Malaysia dalam program anugerah tahun ini, yang mengiktiraf inovasi, kepimpinan, pengurusan dan prestasi luar biasa dalam perkhidmatan kewangan runcit. 

"Fokus CIMB untuk memperoleh akaun semasa dan akaun simpanan serta komitmen terhadap pendigitalan telah menyumbang kepada peningkatan kepuasan pelanggan, kecekapan kos dan produktiviti. 

"The Asian Banker mengucapkan tahniah kepada CIMB atas pencapaian mereka serta komitmen yang berterusan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan yang cemerlang sebagai institusi kewangan terkemuka di Malaysia." 

Pelaburan berterusan CIMB dalam keupayaan data dan digital juga merupakan pemacu utama dalam membolehkan Bank memberikan cerapan dan penyelesaian nilai tambah kepada pelanggan. 

Sebagai contoh, Bank menggunakan pembelajaran mesin untuk menganalisis perilaku transaksi dan menjana cadangan diperibadikan kepada pelanggan. 

Ini termasuk tabungan cukai pendapatan, yang secara automatik mengkategorikan transaksi kad Debit atau kad Kredit CIMB untuk membantu pelanggan memaksimumkan tabungan pelepasan cukai. 

Melalui Aplikasi CIMB Clicks, pelanggan juga boleh menerima cadangan gaya hidup dan tawaran beli-belah yang telah diperibadikan daripada peniaga di sekitar mereka. 

Dalam program anugerah tahun ini, The Asian Banker menilai prestasi lebih daripada 100 institusi kewangan runcit dari seluruh dunia. 

Sejak tahun 2020, ia juga telah memasukkan penilaian pengalaman pelanggan Kaji Selidik Pelanggan Kualiti Bank dan Pemeringkatan Bank Runcit, yang melibatkan 11,000 responden dari 11 pasaran di Asia. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
13
0
18
0
You will be interested