Bisnes & Ekonomi 26 Jun, 2025

Berita baik buat Generasi Baharu Felda! MyAngkasa Bina tawar projek MyVilla! Rumah mampu milik!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) terus memperkukuh komitmennya dalam usaha menyediakan kediaman mampu milik untuk rakyat apabila anak syarikatnya, MyAngkasa Bina Sdn. Bhd. (MBSB) memperkenalkan program pemilikan rumah khas menerusi produk MyVilla. 

Program ini menyasarkan lebih 30,000 Generasi Baharu Felda yang memiliki tapak rumah di bawah Skim Lot Generasi Baharu Felda di samping individu-individu berkelayakan dan ahli koperasi yang memiliki lot tanah individu di seluruh negara. 

Program ini diumumkan oleh Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah sempena majlis penyerahan sijil pelantikan 19 Rakan Pemaju yang bakal melaksanakan projek MyVilla di seluruh negara. 



MBSB yang ditubuhkan sejak 2013 berperanan sebagai firma tribrid nasional dalam sektor hartanah, pembinaan dan peruncitan di bawah naungan Angkasa. 

Produk kediaman MyVilla yang ditawarkan hadir dengan pelbagai pilihan reka bentuk bermula 500 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi pada harga berpatutan antara RM73,000 hingga RM253,000 seunit. 

Menariknya, setiap unit dibangunkan menggunakan sistem Hibrid IBS (sistem binaan berindustri) dan konvensional yang boleh disiapkan dalam tempoh kurang tiga bulan. 

Kaedah ini menjadikan kediaman mesra renovasi dan dibina sepenuhnya oleh kontraktor G7 yang diiktiraf. 

Produk ini juga ditawarkan lengkap bersama pakej pemasaran produk, penyediaan pembiayaan, pengurusan kelulusan pihak berkuasa tempatan, pelaksanaan pembinaan dan perkhidmatan selepas jualan. 



Selain produk MyVilla, MBSB turut mengembangkan portfolio perniagaan melalui beberapa projek hartanah lain seperti MyResidence, Bandar MyRaudah, Kediaman MyMedina dan produk gaya hidup hijau MyGreenStyle. 

Majlis turut diserikan dengan penyerahan sijil pelantikan kepada 19 syarikat Rakan Pemaju dan tayangan montaj produk MyVilla yang membuktikan komitmen MBSB memperluas agenda perumahan mampu milik di kawasan Felda dan seluruh Malaysia. 

Sebelum ini, MBSB memeterai kolaborasi rasmi bersama Felda pada 13 Julai 2024 sempena Hari Peneroka Felda bagi membantu pemilik lot generasi Felda memiliki kediaman di atas tanah mereka sendiri di lebih 130 tanah rancangan di enam negeri. 

Pembeli berminat boleh mengunjungi laman web rasmi www.myAngkasabina.com.my - KitaReporters/Kenyataan Media


13
10
0
9
0
You will be interested