Bisnes & Ekonomi 14 May, 2024

Terima kasih RMHC Malaysia! Anjur majlis raya untuk penerima manfaat, sukarelawan, komuniti setempat!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia, iaitu badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, berkongsi keceriaan Hari Raya Aidilfitri bersama kanak-kanak istimewa dan keluarga mereka dengan menganjurkan beberapa majlis rumah terbuka sepanjang bulan Syawal. 

Majlis rumah terbuka yang dihadiri penerima-penerima manfaat RMHC Malaysia, sukarelawan dan juga komuniti setempat ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan daripada RMHC Malaysia untuk menyantuni dan menjaga kebajikan golongan kanak-kanak.

“Sempena bulan Syawal ini, RMHC Malaysia mengambil peluang untuk membawa keceriaan kepada kanak-kanak yang memerlukan selaras dengan nilai utama RMHC Malaysia untuk menyantuni golongan ini melalui inisiatif yang berterusan. 

"Lebih istimewa, kita juga dapat membina hubungan baik bersama pelbagai pihak yang turut sama prihatin terhadap kanak-kanak ini,” kata Dato' Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia.


RMHC Malaysia raikan Syawal bersama kanak-kanak daripada Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) di Kuala Lumpur.


Dengan kerjasama Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad, RMHC Malaysia telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) Kuala Lumpur pada 23 April 2024 lalu, yang dihadiri 35 kanak-kanak sindrom Down dan ahli keluarga mereka. 

Kanak-kanak istimewa yang hadir merupakan mereka yang mendapat terapi secara berkala di Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald yang terletak di bangunan persatuan tersebut. 

RMHC Malaysia terus berkongsi keceriaan bulan Syawal dengan mengadakan rumah terbuka di RMH Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur pada 27 April 2024 dan juga di RMH Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTM-UKM) pada 4 Mei 2024. 

Secara keseluruhan, lebih 350 tetamu telah menghadiri kedua-dua majlis tersebut, termasuk keluarga yang sedang dan telah menginap di RMH. 

Rumah ini menyediakan penginapan sementara “home-away-from-home” yang selesa kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan di hospital.


RMHC Malaysia berkongsi keceriaan musim perayaan dengan sambutan rumah terbuka di Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.


Di samping itu, majlis rumah terbuka untuk Program Anugerah Senyuman turut diadakan di RMH HCTM-UKM pada 28 April 2024, khusus untuk keluarga penerima program tersebut dan dihadiri penerima lepasan dan semasa. 

Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak yang dilahirkan dengan klef bibir dan lelangit.

RMHC Malaysia akan terus komited dalam melaksanakan inisiatifnya untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak dengan memanfaatkan sumbangan rakyat Malaysia yang menderma di kiosk layan diri digital dan kotak duit syiling yang terletak di restoran McDonald's di seluruh negara, serta melalui sumbangan korporat daripada rakan kongsi dan syarikat. - KitaReporters/Kenyataan Media


RMHC Malaysia berkongsi keceriaan dengan keluarga yang memerlukan dengan sambutan rumah terbuka di Rumah Ronald McDonald yang terletak di HCTM-UKM

15
14
0
6
0
You will be interested