Kepimpinan kerajaan Madani kini mencuba pelbagai kaedah dan perancangan bagi memastikan semua golongan masyarakat terbela dan mendapat nikmat dari pentadbiran kerajaan sedia ada.

Terkini penambahbaikan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dilaksanakan dengan lebih bersasar dan konsisten.
Setakat ini 3.1 juta penerima kategori bujang menerima bantuan secara bulanan melalui SARA bulanan, berbanding melalui STR dengan hanya 4 kali setahun secara berfasa-fasa.
Manakala penerima eKasih Madani pula menerima bantuan sehingga RM4,600 setahun sedangkan penerima selain eKasih Madani menikmati bantuan sehingga RM3,400 setahun.


SARA untuk semua yang dipelopori kerajaan Madani memperluas manfaat kepada 22 juta rakyat berusia 18 tahun dan ke atas melalui bantuan RM100 secara 'one-off' yang akan dikreditkan melalui MyKad pada 9 Februari 2026 bagi membantu meringankan kos sempena Ramadan dan Tahun Baru Cina.
Kesemuanya melibatkan RM15 bilion peruntukkan bagi STR, SARA bulanan dan SARA untuk semua bagi tahun 2026.
Kepedulian dan keprihatinan kerajaan MADANI terbukti memberi banyak manfaat kepada golongan yang memerlukan. - KitaReporters
