Bisnes & Ekonomi 02 Aug, 2023

Tiga penjual #ShopeeSapotLokal! Tunjukkan teladan bagaimana pacu pengalaman pengguna dipercayai!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Tiga penjual #ShopeeSapotLokal menunjukkan bagaimana memacu pengalaman pengguna dipercayai (trusted user experiences) boleh membawa kepada pertumbuhan lestari produk tempatan dan memanfaatkan komuniti pertanian negara. 

Dengan peningkatan pengguna generasi muda yang membeli-belah secara bermatlamat dan mempunyai jangkaan tinggi terhadap nilai-nilai seperti keaslian, kualiti, dan khidmat pelanggan dalam talian, penjual berasaskan nilai seperti Mr. Bentong, Tokey Sambal Hitam, dan Zhiwei Herb telah menjumpai ceruk unik untuk berkembang. 


Hafiz Oon


Hafiz Oon adalah Mr. Bentong, nama dan wajah produk kesihatan berasaskan halia yang berasal dari kebunnya di Bentong, Pahang. 

Kunci kejayaannya: keaslian penceritaan produk dan testimoni pelanggan (boleh dilihat di halaman kedai Shopee Mr Bentong), dan penggunaan efektif media sosial dalam mendidik rakyat Malaysia tentang manfaat kesihatan apabila mengambil halia Bentong. 

Perjalanan perniagaan Hafiz bermula apabila Hafiz berjaya mengatasi masalah obesiti yang dialaminya dengan mengambil halia untuk meningkatkan metabolisma dan bersenam untuk menurutkan berat badan. 

Hafiz kemudian mendidik orang awam tentang keberkesanan halia, cara masak dan makan, dan bagaimana halia berkesan untuknya dalam media sosial. 

Daripada menuai satu tan halia sebulan di kebunnya sendiri, permintaan terhadap Mr Bentong kini meningkat sehingga Hafiz perlu mengambil sumber sebanyak 10 tan halia sebulan dari sepuluh kebun yang lain di Bentong, membekalkan pekerjaan kepada 50 pekerjanya dan memanfaatkan pekerja-pekerja lain di bawah pembekal-pembekalnya. 

Kini, pelanggan Hafiz memacu pemasaran dari mulut ke mulut (word of mouth) dengan testimoni tentang kejayaan menambah baik kesihatan menggunakan produk Mr Bentong untuk melawan penyakit kronik seperti darah tinggi. 

Lebih 23 ribu pembeli telah memberikan Mr Bentong 4.9 bintang dan kedainya memperoleh 17 ribu follower dalam talian sepanjang dua tahun di Shopee. 

“Permintaan adalah di Shopee. Shopee adalah platform terbaik dalam menghubungkan saya dengan pelanggan. Pelanggan juga lebih kenal dan selesa dengan Shopee,” kata Hafiz.


Khairil Adzhaza


Kilang perniagaan Tokey Sambal Hitam milik Khairil Adzhaza, pemenang Super Favourite Buatan Malaysia Shopee Super Awards 2022, juga terletak di Bentong, Pahang. 

Khairil mengikat nilai kepercayaan pelanggan dengan menjadi Preferred Seller yang membawakan khidmat pelanggan selepas jualan terbaik. 

Kedai Shopee Tokey Sambal Hitam meningkat dalam anggaran 20% keuntungan tahun demi tahun mencapai ‘Jualan Sambal Hitam terlaris di Shopee sepanjang masa’, kerana Khairil mengamalkan khidmat pelanggan selepas jualan yang konsisten dan menjamin kepuasan dengan menggantikan mana-mana produk yang rosak. 

Tambahan lagi, bahan berkualiti yang digunakan untuk pelbagai jenis produk sambalnya  seperti ikan bilis, cili, bawang, dan belimbing buluh adalah bersumber daripada hubungan rapat Khairil bersama petani-petani di Selangor, Pahang dan Perak. 

Kesemua produk sambalnya ditanda dengan “Shopee 100% Authentic Guarantee", Halal dan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Hampir 73,000 pengguna Shopee memberi Tokey Sambal Hitam 5.0 bintang dan kedainya telah memperoleh 15,000 follower setia sepanjang enam tahun di Shopee. 

“Apa yang membawa perbezaan dalam membina kepercayaan pelanggan adalah dengan menjadi Preferred Seller di Shopee. Untuk memacu pengalaman pengguna yang hebat, kedai saya memanfaatkan Shopee Ads, dan Shopee Marketing Solutions seperti baucar dan tawaran bundle,” kata Khairil.


Ooi Zhi Wei


Ooi Zhi Wei, pemilik Zhiwei Herb, pula memperoleh lebih 400 ribu pelanggan setia di Shopee sepanjang lima tahun yang lalu di mana mereka memahami nilai kualiti makanan. 

Di Shopee Live, Zhi Wei boleh dilihat berkomunikasi bersama pelanggan, berkongsi maklumat produk dan ilmu teknikal untuk membina kepercayaan. Zhi Wei memastikan pengalaman pengguna konsisten melalui usaha tanpa jemu membawakan herba dan kacang bernutrisi gred A. 

Perniagaannya menggabungkan penggunaan teknologi dalam proses penghasilan menggunakan mesin canggih di kilangnya yang berkebolehan membakar 200 liter kacang. Zhi Wei juga mengekalkan kerjasama lestari bersama pembekal/penjual tempatan dari Penang, Perak, Melaka, Selangor dan Johor. 

“Pengalaman pengguna yang boleh disuai padan di Shopee membolehkan pengguna mudah mencari kedai saya dalam talian. Ciri-ciri Shopee yang amat membantu saya adalah Shopee Marketing Solutions, baucar Free Shipping, dan kempen dua digit,” kata Zhi Wei.

Sebagai tiga penjual berasaskan nilai yang membawakan pengalaman pengguna dipercayai, Hafiz, Khairil, dan Zhi Wei menunjukkan bagaimana penjual ShopeeSapotLokal boleh memanfaatkan komuniti melalui perkembangan perniagaan dalam talian. 

Penceritaan tulen Mr. Bentong dan testimoni pembeli telah memacu kepercayaan dan kesetiaan daripada pelanggannya; kejayaan Hafiz memanfaatkan 10 komuniti petani seperti dirinya di Pahang. 

Tokey Sambal Hitam menjadi kedai sambal terlaris di Shopee dengan menjadi Preferred Seller asli dengan khidmat pelanggan selepas jualan terbaik. Peningkatan keuntungan Khairil melestarikan komuniti petani di Selangor, Pahang dan Perak. 

Perkembangan pelanggan Zhiwei Herb kepada 400,000 dalam 5 tahun dengan fokus tanpa jemu terhadap kualiti membolehkan Zhi Wei menyokong 10 pembekal dan penjual tempatan dan pekerja mereka di Penang, Perak, Melaka, Selangor and Johor. - KitaReporters/Kenyataan Media


18
10
0
8
0
You will be interested