Bisnes & Ekonomi 11 Sep, 2023

KSP RMK12 perlu anjakan baharu agenda pembangunan! Naikkan siling RMK-12 dari RM400b kepada RM415b!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Kenyataan rasmi berkenaan Inti Pati Utama: Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) pada 11 September 2023


1. KSP RMK12 bukan Kajian Separuh Penggal biasa tetapi melibatkan anjakan baharu agenda pembangunan negara Kerajaan Perpaduan selaras dengan kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang disokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). 

Anjakan Baharu termasuk tumpuan khusus kepada: 

  • Menoktahkan kemiskinan tegar: RM1.5 bilion untuk program meningkatkan pendapatan 
  • Reformasi Struktur Ekonomi kepada bidang seperti Industri Peralihan Tenaga, Industri Digital, E&E bernilai tinggi (seperti Infineon), Keterjaminan Makanan, Industri Nadir Bumi 
  • Menerajui Ekonomi Islam dengan tumpuan kepada halal & toyyiban serta inovasi Kewangan Islam selaras dengan prinsip Maqasid Syariah dan keadilan 
  • Tumpuan kepada eksport perkhidmatan seperti perkhidmatan global, industri kreatif, aeroangkasa, pelancongan 



2. Kerajaan Perpaduan komited merancakkan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat. Dalam KSP RMK-2, Kerajaan Perpaduan menaikkan siling RMK12 dari RM400 bilion kepada RM415 bilion. 

Perbelanjaan Pembangunan pada awal RMK12 rendah dengan perbelanjaan hanya RM64.3 bilion pada tahun 2021 dan RM71.6 bilion pada tahun 2022. 

Kerajaan Perpaduan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi tahun 2023, 2024 dan 2025. 

Keutamaan perbelanjaan Kerajaan Perpaduan adalah kepada infrastruktur asas untuk rakyat, termasuk :

  • Kesihatan: sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf antara tahun 2023 dan 2025, serta menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah 2, Johor dengan kos RM500 juta untuk menangani kesesakan 
  • Pendidikan: komitmen untuk membaik pulih sekolah daif 
  • Rangkaian Jalan: Sarawak-Sabah Link Road II, Pan Borneo Sabah 
  • Pengangkutan: Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Pembangunan semula Subang; Pembangunan Pelabuhan Baharu di Pulau Carey (Klang, Selangor) 
  • Tenaga: menambah baik daya harap bekalan elektrik di Sabah 
  • Bekalan Air: menangani masalah bekalan air, terutama di Kelantan dan Sabah 
  • Keterjaminan Makanan: infrastruktur kawasan sawah di MADA, Kedah RM3 bilion 
  • Tebatan Banjir: komitmen pelaksanaan projek tebatan banjir 
  • Keselamatan Sempadan: Pembangunan pengkalan tentera laut di Bintulu, perolehan aset tambahan seperti kenderaan perisai dan Littoral Mission Ship untuk memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 



3. Anjakan Baharu dan perancangan perbelanjaan KSP RMK12 akan disokong oleh Pembaharuan Kemampanan, Tatakelola dan Sistem Penyampaian Kerajaan. Pembaharuan institusi dan tatakelola termasuk: 

  • Pembaharuan tatakelola menumpukan kepada Perundangan Berkaitan Rasuah, Perolehan Kerajaan berlandaskan saingan atau tender terbuka 
  • Pembaharuan Kemampanan Fiskal – sasaran defisit fiskal 3.5% KDNK atau lebih baik pada tahun 2025 
  • Inovasi sistem penyampaian awam supaya menyegerakan pelaksanaan projek pembangunan, menambah baik keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat 
  • Pendigitalan perkhidmatan yang didukung oleh Identiti Digital Nasional (IDN) dan Kerajaan Berteknologi Termaju (GovTech).

10
9
0
15
0
You will be interested