Bisnes & Ekonomi 27 Jun, 2025

Keselamatan Online| Negara rugi RM4.7b kepada scammer online! Sejak Jan 2022 sehingga Mei 2025! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Negara kerugian sebanyak hampir RM4.7 bilion kepada kegiatan penipuan online (online scamming) sejak tahun 2022 sehingga Mei 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jumlah ini membimbangkan dan menuntut tindakan tegas dan menyeluruh.

"Atas keperluan ini, Kerajaan bersetuju untuk memperluas skop fungsi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) agar merangkumi semua bentuk jenayah siber, di samping menubuhkan rangkaian respons 24 jam yang digerakkan secara menyeluruh oleh pelbagai agensi Kerajaan," jelas beliau.

Terdahulu, Anwar telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) pada 26 Jun 2025 bagi meneliti langkah segera memperkukuh NSRC.



Beliau berkata, pengukuhan NSRC juga akan dilaksanakan menerusi gabungan kepakaran tempatan, penyelarasan rentas agensi dan pertambahan sumber manusia. 

"Kementerian Dalam Negeri dan PDRM akan menyegerakan pelaksanaan struktur baharu NSRC, termasuk memperjelas peranannya agar mudah difahami dan diakses oleh rakyat. 

"Pendekatan no wrong door turut diguna pakai bagi memudahkan proses aduan dan bantuan," ujarnya.

Perdana Menteri menggesa agar semua agensi untuk bertindak lebih proaktif dan berpandangan jauh dalam memberikan perlindungan menyeluruh kepada rakyat. 

"Pada masa sama, kesiapsiagaan benteng siber negara mesti terus dipertingkat baik pada peringkat domestik mahupun antarabangsa," tegas Anwar. - KitaReporters/Kenyataan Media


21
8
0
16
0
You will be interested