Pusat Beli-belah IPC dengan berkolaborasi bersama rakan kongsi terkemuka, Alliance Bank meraikan ‘hasil rekaan hijau’ 40 finalis Anugerah IPC Little Eco-Heroes (Hero Eko Cilik) yang bersemangat dan berinovatif.
Majlis penyampaian anugerah pada 10 Mac 2024 ini mengumumkan 20 pemenang dalam kategori individu dan berkumpulan untuk sekolah rendah dan menengah.
Setiap Hero Eko Cilik dinobatkan sebagai juara untuk ciptaan mereka yang sangat kreatif, praktikal, berinovasi, estetik serta komitmen tinggi mereka terhadap mencapai kelestarian sejagat.
Sejak diperkenal pada November 2023, Anugerah IPC Little Eco-Heroes telah memperolehi 151 penyertaan kanak-kanak dan remaja yang berkobar-kobar untuk berkongsi idea inovatif dan mesra alam mereka bagi menyelesaikan isu alam sekitar.
40 daripada idea tersebut direalisasikan melalui prototaip fungsian atau tidak fungsian yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula atau yang boleh dikitar semula, dan kemudiannya dipamerkan di galeri yang terletak di Atrium di belakang ruang legar utama (Concourse), Tingkat G dari 1 hingga 10 Mac 2024 lalu dan dibuka untuk undian awam.
Untuk memartabatkan majlis tersebut, pengunjung pada setiap peringkat umur turut dijemput untuk berikrar menjadi Penjaga Planet (Guardians of the Planet) dan menyertai pelbagai aktiviti termasuklah Recyclable Rescuer Race, Super Recycle Bowl dan Recycling Ranger Challenge bertempat di ruang legar utama (Concourse).
Pendekatan yang unik ini bukan sahaja untuk memberikan hiburan yang mendidik sepanjang cuti persekolahan malah juga menggalakkan pengunjung untuk menerokai konsep penggunaan semula dan kitar semula sisa buangan.
Peserta yang berjaya mengharungi halangan yang bertemakan kelestarian juga diberi ganjaran yang menarik termasuk 100 Tack Points dan beg tote yang ditaja oleh Alliance Bank.
Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre, berkata, “Sejak hari pertama kami beroperasi 20 tahun yang lalu, IPC Shopping Centre sentiasa menitikberatkan tentang hidup secara mampan dan berbakti kepada bumi kita.
"Selain daripada menjadikan amalan menjaga kehijauan dalam operasi harian, kami berazam untuk memberi inspirasi dan memberi peluang kepada masyarakat di sekitar kami untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.
"Kami telah menaik taraf Recycling & Buy-Back Centre (RBBC) pada tahun 2022 dan memperkenal stesen pengecasan EV kami pada tahun lepas (2023) untuk memudahkan para pengunjung kami membuat pilihan yang mesra alam.
"Apabila kita beramai-ramai menjalankan peranan masing-masing, hasilnya memang cukup menakjubkan. Ia sangat menerujakan bila melihat kanak-kanak dan remaja berganding bahu untuk membuat perubahan ke atas kelestarian sejagat dan kesejahteraan masyarakat.
"Dengan menutup tirai Anugerah Little Eco-Heroes, kami berharap ia menjadi permulaan ke arah masa depan bumi yang lebih hijau.”
Ketua Pegawai Strategi, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Kumpulan Alliance Bank, Dr Aaron Sum berkata, “Sebagai sebuah institusi bank, tanggungjawab kami melangkaui perkhidmatan perbankan tradisional.
"Sejajar dengan tujuan jenama baru kami, ‘The Bank for Life’, kami berazam untuk menjadi bank yang komited berkhidmat untuk komuniti.
"Satu cara untuk menunjukkan komitmen Alliance Bank adalah dengan menyediakan platform seperti “Anugerah Little Eco Heroes” yang menggalakkan generasi muda untuk terlibat secara aktif dalam memberi sumbangan ke arah masyarakat yang lebih baik atau meninggalkan impak positif ke atas alam sekitar."
Anugerah IPC Little Eco Heroes terdiri daripada 5 kategori, setiap satunya meraikan aspek ekoinovasi anak muda yang berbeza.
Selain sijil peribadi dan trofi unik yang diperbuat daripada bahan kitar semula, kumpulan dan individu yang berjaya akan dihadiahkan dengan Tack Points (120,000 bernilai RM1,000 untuk kategori berkumpulan dan 30,000 yang bernilai RM500 bagi kategori individu).
Sebagai tambahan, ganjaran tunai juga akan dimasukkan ke dalam akaun Alliance Bank mereka, iaitu RM500 untuk kategori berkumpulan – seorang penerima bagi setiap kumpulan dan RM200 untuk kategori individu, sebagai pengiktirafan ke atas pencapaian cemerlang mereka.
Selain meraikan pengunjung, IPC Shopping Centre turut sama menghargai rakan-niaganya yang komited mengamalkan pengasingan sisa buangan di dalam kedai dan menghantarnya ke Recycling & Buy-Back Centre (RBBC) untuk dihapuskan dengan sewajarnya, melalui Anugerah Rakan Niaga Hijau IPC.
Semasa majlis penyampaian hadiah di Anugerah IPC Little Eco-Heroes, Spotlight merangkul Pingat Emas yang berprestij dengan kadar kitar semula sebanyak 89%, iaitu sumbangan sebanyak 17,216 kilogram kepada RBBC pada tahun 2023.
Manakala Popular & Urban White serta Poney mencapai kadar kitar semula sebanyak 86%, melayakkan masing-masing menerima Pingat Perak dan Gangsa.
Pengiktirafan istimewa diberikan kepada De Rayyan Café atas amalan kitar semula mereka yang mengagumkan dengan kadar 78% iaitu sebanyak 7,597 kilogram bahan kitar semula termasuk sisa makanan dihantarkan ke RBBC pada tahun 2023.
Rakan niaga yang sangat komited ini bukan sahaja dianugerahkan dengan Sijil Hijau IPC bagi Kecemerlangan Pengendalian Sisa Buangan (Green Certification of Waste Handling Excellence), malah mereka juga menerima rebat sewa sebanyak setengah bulan ke atas caj perkhidmatan dan ganjaran tunai RM2,500 yang akan diagihkan kepada kakitangan mereka.
Pemenang-pemenang anugerah lain yang menyumbang lebih daripada 75% kadar kitar semula adalah termasuk Sketchers, LC Waikiki, Toys “R” Us, Happikiddo, Little World, Signature dan Crocs.
Mereka menerima Sijil Hijau IPC bagi Kecemerlangan Pengendalian Bahan Sisa semasa majlis penyampaian Anugerah IPC Little Eco-Heroes. - KitaReporters/Kenyataan Media