Bisnes & Ekonomi 17 Jun, 2024

Lapan lembu sado untuk Aidiladha! Baka Limousine dan Chevrolet! Kelolaan Qurban Perdana ikhlas.com!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: timmediasepaktakraw@yahoo.com

Share this

SEEKOR daripada dua lembu sado dipegang talinya oleh seorang anggota Rejimen Ke-31 Artileri Diraja ATM Kem Tun Ibrahim sebagai persediaan Program Qurban Perdana 2024 pada 17 Jun 2024 ini. - Kredit foto: ikhlas.com


PARA anggota Rejimen Ke-31 Artileri Diraja Kem Tun Ibrahim, Kajang bergotong-royong menarik lembu sado untuk dimuatkan ke dalam trak tiga tan ATM di Masjid Ibu Mas'ud, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. - Kredit foto: ikhlas.com 


PERNAHKAH anda melihat lembu sado?

Lembu-lembu baka khas yang dinamakan sempena jenama kereta mewah seperti Limousine dan Chevrolet ini berpenampilan dan bersaiz lebih besar berbanding baka biasa.

Dagingnya juga dikatakan jauh lebih lembut dan sedap dimakan, sekali gus sentiasa menjadi idaman ramai muslimin dan muslimat terutama apabila tibanya sambutan Hari Raya Aidiladha saban tahun.

Bersempena hari mulia 10 Zulhijah 1445 Hijrah ini (17 Jun 2024), Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn. Bhd. (ikhlas.com) mengagihkan hampir 30,000 kilogram daging korban segar lembu sado kepada kira-kira 120,000 penerima di dalam dan luar negara.

Turut menerimanya ialah Rejimen Ke-31 Artileri Diraja Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Tun Ibrahim, Kajang, Selangor dengan dua ekor lembu sado baka Limousine dan Chevrolet yang dipindahkan ke sana dari Masjid Ibnu Mas’ud, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada pagi, 15 Jun 2024.


PROGRAM Qurban Perdana 2024 ikhlas.com turut dihadiri antaranya (dari kiri), Pengurus Komersial dan Gaya Hidup ikhlas.com, Yusri Adam, Azhar Rahim dan Fara Hasan. - Kredit foto: ikhlas.com


“Setiap lembu sado yang seberat 850 hingga 1,200 kilogram ini akan dikorbankan di kem berkenaan pada Hari Raya Haji pertama, Isnin, 17 Jun 2024 sementara terdapat enam lagi haiwan tersebut turut diagihkan ke Kampung Melayu, Subang, Selangor selain ke Jabatan Pendidikan Negeri di Kuala Terengganu, Terengganu dan Masjid Jamek Tan Sri Jalil Hassan, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.

“Program Qurban Perdana 2024 kelolaan Ikhlas Qurban ialah satu perkhidmatan tahunan berlandaskan gaya hidup Islam yang ditawarkan platform sehenti ikhlas.com ini menerima permintaan tinggi terhadap lembu sado untuk ibadat korban tahun ini dengan keseluruhan tempahan sebanyak lapan ekor berbanding lima ekor pada 2023.

“Ini merupakan tahun kelima Qurban Perdana anjuran kami dilangsungkan sejak 2020,” kata Ketua Pegawai Pemasaran ikhlas.com, Fara Hasan.


TIGA anggota Rejimen Ke-31 Artileri Diraja Kem Tun Ibrahim mengawasi gerak-geri Lembu Sado sebelum dimuatkan ke dalam trak ATM bagi dipindahkan dari Masjid Ibnu Mas'ud. - Kredit foto: ikhlas.com


Kerja-kerja pemindahan lembu sado ke Kem Tun Ibrahim bagi program ini membabitkan 10 anggota rejimen tersebut yang dilketuai wakil Pegawai Pemerintah kem, Mejar Azhar Rahim dengan menaiki trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seberat tiga tan dari pukul 8 hingga 10 pagi 15 Jun 2024, katanya.  

“Mereka mengiringi perjalanan trak tersebut bagi memastikan kerja-kerja pemindahan dan perjalanan lembu sado dengan bantuan para kakitangan ikhlas.com, sukarelawan dan ahli kariah Masjid Ibnu Mas’ud,” ujarnya. - KitaReporters

9
5
0
16
0
You will be interested