Bisnes & Ekonomi 17 Mar, 2025

Nak bubur lambuk! 5,000 diagih di beberapa tempat terpilih! Pulau Pinang, Johor Bahru, Lembah Klang!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kebersamaan, inDrive, platform mobiliti dan perkhidmatan urban global, menghidupkan semangat memberi melalui inisiatif "Roda Kasih", sebuah program agihan bubur lambuk di Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Lembah Klang.

Berpegang teguh pada misi inDrive untuk mengatasi ketidakadilan dan mewujudkan peluang yang adil untuk semua, Roda Kasih bertujuan menyebarkan kegembiraan Ramadan dengan berkongsi lebih daripada 5,000 bubur lambuk, bagi memastikan bulan mulia ini dirasai oleh seluruh komuniti. 

Para pekerja inDrive dan pemandu rakan kongsi juga akan meluangkan masa mereka untuk menyediakan dan mengagihkan makanan, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan dan keprihatinan. 



Pengagihan Bubur Lambuk akan merangkumi: 

Pulau Pinang 

18 Mac 2024, 5:00 petang di Bazar Ramadan Bayan Baru

19 Mac 2024, 5:00 petang di PPR Jalan Sungai

Johor Bahru

20 Mac 2024, 5:00 petang di Bazar Ramadan Taman Suria

21 Mac 2024, 5:00 petang di PPR Setia Indah

Lembah Klang

inDrive akan turut serta dalam acara Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira 2025, di mana inDrive akan membantu mengagihkan bubur lambuk di beberapa lokasi, termasuk Dataran Merdeka, hospital berdekatan, PPR, dan bazar Ramadan.

Pada bulan yang mulia ini, sertai Roda Kasih bersama inDrive untuk menikmati semangkuk bubur lambuk yang hangat, berkongsi rezeki, dan meraikan keindahan bulan yang penuh keberkatan ini bersama kami! - KitaReporters/Kenyataan Media

15
10
0
13
0
You will be interested