Bisnes & Ekonomi 02 Oct, 2023

Ingatan Anwar kepada GLC! Ingat kepada matlamat asal penubuhan! Cekap laksanakan tugas! Jaga amanah!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 1 Oktober 2023


Hari ini (1 Oktober 2023) saya telah merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 yang pada tahun ini (2023) diadakan di Bertam, Pulau Pinang tatkala diapit oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.
Setelah 45 tahun penubuhannya, PNB telah berjaya mengumpul dan mengembangkan aset di bawah pengurusannya kepada lebih RM341 bilion. Sehingga Disember 2022, PNB telah membayar dividen kumulatif berjumlah RM235.8 bilion kepada para pemegang unitnya.
Bagi menggalakkan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia, di bawah inisiatif tambahan Belanjawan 2023, saya telah mengumumkan peningkatan had pelaburan individu untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dari RM200,000 dinaikkan kepada RM300,000. Saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) pula ditingkatkan sebanyak RM5 bilion.


Di dalam ucapan, saya singgung agar penduduk Pulau Pinang dan sekitarnya mengambil manfaat daripada program-program pendidikan pelaburan yang disediakan oleh MSAM. 

Usaha ini perlu dipanjangkan kepada kempen pengajaran pendidikan serta pengetahuan kewangan kepada guru-guru di sekolah untuk dipupuk budaya menabung dan melabur dalam kalangan pelajar.

Saya juga tegaskan supaya pengurusan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu ingat kepada matlamat asal penubuhan dan cekap melaksanakan tugas masing-masing. Ini penting kerana dana berbilion-bilion ringgit yang diuruskan adalah amanah daripada rakyat dan Kerajaan.

7
16
0
16
0
You will be interested