Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd. (GETT) kembali menawarkan Pakej Haji Swasta bagi musim haji 1447H/2026M dengan harga bermula serendah RM54,990 sebagai pilihan terbaik kepada umat Islam yang ingin menunaikan ibadah haji dengan selesa dan bimbingan lengkap.

Pengerusinya, Datuk Ayob Mat Aris berkata, pihaknya menawarkan diskaun khas pendaftaran awal sebanyak RM2,000 kepada bakal jemaah yang membuat tempahan awal.
Katanya, syarikat itu yang mempunyai pengalaman lebih 26 tahun dalam pengurusan jemaah haji dan umrah, sentiasa memastikan keselesaan serta kebajikan setiap jemaah terpelihara sepanjang berada di Tanah Suci.


Gemilang Travel diiktiraf oleh Lembaga Tabung Haji sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Gemilang Travel menawarkan beberapa pilihan pakej termasuk Pakej Aziziyah Rahmah dengan harga RM54,990, Pakej Aziziyah Plus bernilai RM89,990 bagi tempoh 20 hingga 25 hari, serta Pakej Makkah Tower bermula RM65,990 dengan penginapan hotel hanya 50 meter dari Dataran Masjidil Haram.
Turut diperkenalkan ialah Pakej Anjum Aziziyah dan Anjum Barakah yang menampilkan penginapan di Hotel Anjum bertaraf lima bintang pada jarak 160 meter dari Masjidil Haram dengan harga antara RM57,990 hingga RM83,990.
Setiap pakej menyediakan kemudahan lengkap seperti penginapan berhampiran masjid, khemah Muassasah di Arafah dan Mina, makanan tiga kali sehari, bilik air di dalam hotel serta perjalanan kereta api laju antara Mekah dan Madinah.
Tempoh perjalanan ditetapkan antara 38 hingga 40 hari bergantung kepada penerbangan Charter Tabung Haji.


Gemilang Travel diiktiraf oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) sejak tahun 2000 dan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2019, 2022 dan 2023. Syarikat ini turut dibantu oleh petugas berpengalaman hampir dua dekad di Tanah Suci yang memastikan kebajikan jemaah sentiasa diberi perhatian.
Rata-rata jemaah yang pernah menunaikan haji bersama Gemilang Travel menyatakan rasa puas hati terhadap pengurusan, bimbingan dan layanan yang diberikan.
Mereka menganggap Gemilang Travel sebagai antara syarikat terbaik dalam menyantuni jemaah haji Malaysia. - KitaReporters

Jemaah Gemilang Travel puas hati dengan layanan dan bimbingan sepanjang menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci.

Wakil-wakil syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bergambar kenangan selepas menerima Watikah Lesen Pengelola Jemaah Haji bagi musim Haji 1447H/2026M.