Bisnes & Ekonomi 30 Dec, 2025

Yang pertama di Malaysia! Sistem parkir kereta secara robotik di Pulau Pinang! Diiktiraf MBOR!

Share this

Sistem parkir (letak kereta) robotik pertama di Pulau Pinang iaitu di Spice Convention Centre terbukti adalah sebuah sistem automasi penuh yang bukan sahaja menjimatkan ruang tetapi juga mengurangkan kesesakan dan kesilapan manusia.


Eksperimen yang dipaparkan untuk tontonan umum.

Sistem tersebut telahpun diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Lebih menarik lagi, kenderaan akan diparkir dan diambil semula secara robotik tanpa memerlukan pemandu untuk memandu masuk atau keluar dari petak letak kereta.


Sistem parkir  robotik dapat menjimatkan masa dan ruang parkir dan dijangka mendapat  sambutan ramai.

Sistem yang diimplementasikan oleh Wiitrac Elevator menggunakan kejuruteraan pintar untuk penyelesaian parkir yang lebih selamat, lancar dan mampan.

Selain itu, reka bentuk vertikal membolehkan lebih banyak kenderaan diletakkan di ruang yang terhad.

Malah ia dapat mengurangkan risiko kemalangan kecil dan mempercepat proses parkir.

Secara tidak langsung sistem ini merupakan langkah besar dalam pengurusan ruang bandar di Pulau Pinang serta memperlihat komitmen terhadap penyelesaian parkir masa depan yang lebih efisien dan mesra alam. - KitaReporters


Pengurusan Wiitrac Elevator yang mengimplementasikan sistem parkir robotik pertama.

13
9
0
13
0
You will be interested