Bisnes & Ekonomi 14 Mar, 2024

Program Chef Muda Mahsuri! Lahirkan lebih ramai lagi cef profesional! Dalam kalangan belia tempatan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Mahsuri Food Sdn. Bhd. (Mahsuri), pengeluar produk diperakui halal terkemuka rantau ASEAN, dengan kerjasama Institut Makanan Malaysia (FIM), mengadakan majlis Penghargaan dan Graduasi untuk kohort pertama graduan Program Chef Muda Mahsuri pada 5 Mac 2024.

Majlis tersebut memberi penghormatan kepada lima graduan Program Chef Muda Mahsuri tahun lepas (2023), yang ditaja oleh Mahsuri untuk kursus Sijil Kehadiran Masakan Melayu. 

Program tujuh bulan komprehensif itu termasuk penempatan kerja selama tiga bulan di beberapa restoran Cef Wan.

Majlis itu turut menyaksikan Mahsuri dan FIM dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor menganugerahkan 10 lagi belia kurang berkemampuan dengan biasiswa di bawah Program Chef Muda Mahsuri. 

Mulai Mei 2024, mereka akan menjalani latihan praktikal yang koprehensif dan memperoleh kemahiran berharga di bawah bimbingan cef berpengalaman. 



Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri, Dato’ Ahmad Tajuddin Idris berkata “Dengan biasiswa ini, kami berhasrat untuk meningkatkan dan mengembangkan nadi masakan belia kita yang berbakat besar, memastikan mereka mempunyai asas yang kukuh untuk berkembang maju. 

"Program ini bukan sahaja untuk memanfaatkan kemahiran mereka dan resipi, tetapi juga untuk memberi mereka keyakinan untuk berkembang dalam industri. 

"Matlamat kami adalah untuk memartabatkan masakan Melayu dan memberi penghormatan kepada warisan kita.”

Penasihat Kehormat FIM, Master Chef Moh Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Cef Jo berkata, “Kami berharap melalui program Chef Muda Mahsuri, akan lebih ramai lagi cef profesional di Malaysia yang dapat membangkitkan semangat belia yang berkobar-kobar untuk berada dalam bidang ini. 

"Industri Makanan dan Minuman (F&B) di Malaysia merupakan sektor yang berkembang maju yang memainkan peranan ekonomi yang penting dan menyediakan peluang pekerjaan. 

"Melalui program ini, kami ingin memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang layak untuk merealisasikan impian mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan industri F&B kami.”

Dilancarkan pada Julai tahun lepas (2023), program Chef Muda Mahsuri membantu belia Malaysia yang kurang bernasib baik yang menamatkan sekolah menengah dan bercita-cita menjadi cef dengan peluang untuk menyempurnakan kemahiran mereka untuk menghasilkan generasi cef akan datang dalam bidang masakan.

Penerima Biasiswa Chef Muda Mahsuri, Fahrin Iskandar Zaini, 20, berkata, “Program ini mengubah minat saya menjadi satu profesion. 

"Biasiswa ini bukan sahaja menyediakan bantuan kewangan; ia melengkapkan saya dengan kemahiran, teknik dan keyakinan untuk berkembang maju dalam industri F&B. 

"Saya kini bersedia untuk menceburi dunia masakan dengan kemahiran dan pengetahuan yang saya perolehi.” katanya.



Penerima Biasiswa Chef Muda Mahsuri 2023:

  • Fahrin Iskandar bin Zaidi, 20
  • Meor Ridhwan Meor Rashidi, 19
  • Muhammad Adib Mukhriz Abu Bakar,20
  • Nur Izzah Nadhirah Muhammed Anuai, 19
  • Siti Nur Aina Salleh, 19

Penerima Biasiswa Chef Muda Mahsuri 2024:

  • Nur Syakirah Harun, 18
  • Iman Ahmad Faizal, 20
  • Qomariah Mohd Helmy, 20
  • Saidatul Amilla Indera, 21
  • Haziq Zulhilmi Helimi, 23
  • Nurul Umaiya Rosman, 18
  • Nuril Qhairah Ramizan, 18
  • Nurmarissa Balqis Mohd Sufian, 18
  • Muhammad Fahmi Aiman Zubir, 18
  • Siti Nur Athirah Sharif,18 - KitaReporters/Kenyataan Media

20
15
0
10
0
You will be interested