Bisnes & Ekonomi 31 May, 2024

Terima kasih TDM Berhad! 200 asnaf di DUN Jertih terima sumbangan! Program CSR bersama masyarakat!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

Penerima sumbangan yang hadir pada program TDM Berhad bersama masyarakat


Anak Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, TDM Berhad dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, telah menyantuni 200 asnaf melalui program TDM Bersama Masyarakat yang diadakan di Dewan Masjid Hadhari, Jertih,

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, ia merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat. 


Pengurusan syarikat TDM bergambar kenangan brsama  penerima sumbangan


"Kami warga TDM sedar bahawa masih wujud sebilangan masyarakat yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan seharian.

"Kalau kita lihat dari segi kos sara hidup kini, kesulitan kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat.

"Kali ini kami fokus kepada daerah Besut dalam usaha menjalin hubungan dan memastikan agihan kepada mereka yang memerlukan dirasai oleh semua lapisan masyarakat di peringkat daerah," katanya. 

Beliau berkata, objektif utama TDM mengadakan program tersebut adalah untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan, dengan harapan CSR itu sedikit sebanyak dapat meringankan serta membantu kelangsungan hidup penerima. 

"TDM juga merupakan salah satu anak syarikat negeri yang sentiasa menyokong usaha baik kerajaan serta program-program kerajaan terutama yang melibatkan kebajikan dan sosial masyarakat," ujar Najman lagi. 



Sementara itu, Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Jertih, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, inisiatif yang dilakukan oleh pihak TDM itu seharusnya menjadi contoh kepada pihak-pihak lain. 

"Berbakti kepada masyarakat serta cakna kepada mereka yang memerlukan adalah menjadi tanggungjawab bersama. 

"Semoga hubungan kekeluargaan yang terjalin terus berkekalan dan ukhuwah sesama kita semakin kukuh melalui program TDM Bersama Masyarakat ini," katanya. - KitaReporters


18
13
1
5
0
You will be interested