Bisnes & Ekonomi 18 Oct, 2023

Video| Kerajaan pertimbang agihkan subsidi secara cash transfer! Pemberian wang tunai secara terus!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


"Menjawab soalan terkait subsidi di Dewan Rakyat hari ini (17 Oktober 2023), saya maklumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbang keperluan mengagihkan subsidi secara ‘cash transfer’ atau pemberian tunai secara terus kepada rakyat bagi urusan tertentu.

"Pertimbangan ini khusus untuk mengelakkan ketirisan subsidi. Ketirisan ini berlaku apabila subsidi iaitu bantuan kepada golongan susah turut dihirup golongan maha kaya dan 3.5 juta warga asing.
"Sementara itu, langkah kerajaan membuat pengapungan harga ayam dan telur di pasaran antara lain bagi memastikan manfaat subsidi yang diberikan sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak dan bukannya warga asing serta golongan ‘maha kaya’.
"Langkah ini berikutan kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion bagi menampung harga ayam dan telur sejak 2022 dan ia turut membolehkan 3.5 juta warga asing menikmati subsidi, selain 10 peratus golongan ‘maha kaya’ dalam negara." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 17 Oktober 2023)

11
9
0
15
0
You will be interested