Bisnes & Ekonomi 11 Aug, 2025

Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mula dibayar 12 Ogos 2025! 8.6j rakyat terima! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah, Kerajaan Madani akan menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mulai 12 Ogos 2025. 

Dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion, 8.6 juta rakyat akan menerima bayaran sehingga RM650 bagi fasa ini.

Jumlah ini merupakan peningkatan seramai 300,000 daripada 8.3 juta penerima dalam Fasa 1 pada Januari 2025. 

Peningkatan ini hasil daripada langkah Kerajaan Madani membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang layak.



“Pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun menunjukkan Kerajaan Madani tidak mengambil enteng amanah yang dipikul untuk meningkatkan maslahat rakyat terbanyak, agar tiada yang tercicir daripada mengecapi limpahan negara,” kata Dato’ 

Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Lebih daripada bantuan tunai semata-mata, STR memberi suntikan kepada penerima untuk mencapai kebebasan kewangan, agar kita dapat menggapai kesaksamaan yang didambakan dalam Ekonomi Madani,” tambah beliau. 

Pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat-peringkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.


 



Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan. 

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan STR boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. 

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap pautan tidak sahih yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat mengenai STR. - KitaReporters/Kenyataan Media


13
14
0
10
0
You will be interested