Bisnes & Ekonomi 27 Sep, 2025

Usah risau! Kerajaan sedia pertimbang rayuan tambah kelayakan RON95! Untuk keperluan khusus! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Anda nelayan sungai, guna generator (janakuasa) atau guna mesin potong rumput dan rasakan 300 liter sebulan minyak bersubsidi tidak mencukupi? Usah risau!



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa semua rayuan bagi menambah kelayakan bulanan bagi mendapatkan minyak bersubsidi akan dipertimbang.

"Walaupun 99 peratus rakyat Malaysia memadai dengan siling 300 liter sebulan, namun Kerajaan tetap bersedia mempertimbang rayuan untuk keperluan khusus seperti bot sungai, janakuasa atau mesin potong rumput," jelas beliau.

Anwar berkata demikian dalam amanatnya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan pada  Jumaat, 26 September.

Pada 22 September 2025, Perdana Menteri mengumumkan, mulai 30 September 2025, setiap rakyat Malaysia boleh membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter dan layak menerima bekalan minyak bersubsidi itu sebanyak 300 liter sebulan seorang apabila kerajaan melaksanakan Program Budi Madani RON95 (Budi95).



"Saya tekankan bahawa penurunan harga petrol RON95 adalah langkah berani Kerajaan Madani, hasil usaha memperkukuh tatakelola dan kewangan negara.

"Subsidi ini disalurkan melalui Budi95 bagi menoktahkan ketirisan lama, memastikan rakyat mendapat manfaat secara adil," jelasnya.

Menurut beliau, dasar Kerajaan adalah jelas bahawa warganegara asing dengan kenderaan luar tidak dibenarkan membeli RON95.

Namun, pekerja asing dan ekspatriat dengan kenderaan tempatan masih boleh membeli pada harga pam (RM2.60 seliter mulai 30 September 2025), kata Anwar. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
18
0
12
0
You will be interested